Powered By Blogger

Sabtu, 5 Ogos 2023

Badan dah tak letih-letih lagi selepas ambik coqcontrol plus





"Alhamdulillah sejak ambik
Coqcontrol plus badan rasa lebih
Bertenaga, tak mudah letih-letih"


Pernah dengar tak CoQ10 ni? CoQ10 tu nama pendeknya. nama panjang dia CoEnzyme-Q10. Nak sebut dia… “Co (Ko)” – “Q” – Ten.


Jadi, apa itu CoQ10?

CoQ10 adalah sejenis bahan yang hampir sama macam vitamin, boleh didapati di setiap sel badan. Tubuh kita menghasilkan CoQ10. Sel-sel kita guna CoQ10 untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan sel.


Coenzyme Q10 juga berfungsi sebagai antioksidan, yang melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul berbahaya. Radikal bebas.


CoQ10 hadir secara semulajadi dalam kuantiti yang sedikit di dalam pelbagai jenis makanan. Kuantiti CoQ10 paling banyak kita boleh dapat di dalam organ dalaman seperti jantung, hati dan ginjal, daging lembu, minyak soya, sardin, makarel dan kacang tanah.


Coenzyme Q10 membantu enzim-enzim lain berfungsi untuk mencerna makanan dan melaksanakan proses badan yang lain. CoQ10 membantu melindungi jantung dan otot rangka.


Badan kita mampu menghasilkan CoQ10 secara semulajadi, dan enzim ini memainkan peranan penting dalam proses pembuatan tenaga dalam sel-sel tubuh kita. 


Tapi kadar penghasilan CoQ10 oleh badan menurun dengan pertambahan usia semakin meningkat usia, badan kita makin kurang bertenaga seperti masa remaja kan? 


Dan kita perlu tahu yang  penurunan CoQ10 dlm badan ada kesannya, kekurangan CoQ10 dalam tubuh boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan, termasuk keletihan, kekurangan tenaga, dan masalah kardiovaskular. 


Oleh itu, adalah penting untuk memastikan kita mendapatkan jumlah CoQ10 yang mencukupi melalui makanan atau suplemen. Sebagai alternatif juga kita boleh  top up suplemen CoQ10 seperti Coq Trol Plus dari shaklee. 




Daripada pengalaman Syafa sendiri bila Syafa ambik supplement coq10 ni, Syafa boleh rasai sendiri perbezaan, memang badan akan rasa lebih bertenaga dan tak mudah letih. Ye la seharian dari buka mata uruskan rumah dan anak-anak kan memang biasanya petang tu dah terasa letihnya. Alhamdulillah lepas ambik coq10 ni tak terasa sangat letih. 


Dan untuk makluman juga, bagi sesiapa yang makan ubat kolestrol ubat statin, ubat2 ini boleh kurangkan  40% coq10 dalam sel badan. Banyak kan tu. Nak kurangkan kolestrol, tapi banyak benda lain yang effect. 


Jadi Syafa sangat rekemen ambik coqtrol plus ni di samping kita jaga permakanan kita serta gaya hidup kita. Coqcontrol plus ni adalah sumber coq10 semulajadi yang terbaik Shaklee buat. Cukup 100mg sehari. 


Lagi-lagi kepada yang selalu migrain, ada masalah tekanan darah tinggi atau rendah Syafa sangat-sangat rekemen amalkan coqtrol ni. Beri bekalan tenaga yang cukup pada sel kita. Kita pun seronok kan kalau badan sihat. 






BOTOL KECIL CINONET TAPI POWER!


Sebotol CoQTrol ni ada 30 biji. Apa yang ada dlm CoqTrol Plus ni? CoQ10 ini adalah komponen penting berada dlm mitokondria sel iaitu sistem janakuasa sel untuk hasilkan tenaga badan kita dan antara tempat yang tinggi CoQ10 adalah 

✅ Otak

✅ Jantung 

✅ Hati


Fungsi CoQ10 ialah menukarkan lemak dan gula kepada Tenaga sepanjang hari! Sgt bagus untuk mereka yang nak sihat, kurus pun boleh. Ia juga adalah Antioksidan yang melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas




Kenapa saya kena makan CoQ10?


Kandungan CoQ10 dlm sel kita semakin berkurang berkadar langsung dengan semakin naik usia.


Jadi apabila semakin kurang, perlulah kita top up CoQ10 tu supaya kita kekal sihat bertenaga ๐Ÿ’ช


Dan juga penggunaan statin (ubat cair darah) juga boleh menyebabkan CoQ10 berkurang.


CoQ10 yang berkurang dlm badan menyebabkan badan kita lemah tak bermaya semakin usia semakin tak bermaya.


Jadi dah tau kan sebabnya ๐Ÿ˜Š


Siapa boleh makan coqcontrol plus?

Mereka yang nak

๐Ÿ‘ sihat

๐Ÿ‘ aktif

๐Ÿ‘ ikhtiar berhenti rokok

๐Ÿ‘ kembali segar dan cergas

๐Ÿ‘ ceria dan bertenaga diusia emas


100mg CoQ10 bersamaan dengan

๐Ÿ‘‰ 3kg daging

๐Ÿ‘‰ 100 cawan brokoli rebus

๐Ÿ‘‰ 100 sudu makan minyak Canola

๐Ÿ‘‰ 3.3kg mentega kacang




Banyakkan khasiatnya dlm satu capsule CoqTrol Plus?


Rasai perbezaannya, Energy Booster dengan mengamalkan 1 biji qcapsule CoqTrol Plus setiap hari


Co Q10 boleh didapati dalam badan kita secara semulajadi atau dalam makanan tambahan. CO Q10 telah digunakan untuk merawat pelbagai keadaan seperti penyakit jantung. Jadi, ๐ฐ๐ก๐จ ๐ง๐ž๐ž๐ ๐‚๐Ž ๐๐Ÿ๐ŸŽ??


• ๐‚๐š๐ซ๐๐ข๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐œ๐ฎ๐ฅ๐š๐ซ ๐๐ข๐ฌ๐ž๐š๐ฌ๐ž (๐‚๐•) boleh membantu mengurangkan risiko CV (๐‚๐•) Paras CoQ10 yang rendah telah dikaitkan dengan kerosakan tisu yang hebat pada jantung semasa serangan jantung dan otak semasa strok

• ๐‡๐ž๐š๐ซ๐ญ ๐Ÿ๐š๐ข๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ž – Terapi jangka panjang dengan CoQ10 telah ditunjukkan dapat memperbaiki gejala kegagalan jantung

• ๐€๐Ÿ๐ญ๐ž๐ซ ๐ก๐ž๐š๐ซ๐ญ ๐š๐ญ๐ญ๐š๐œ๐ค - pesakit yang menerima CoQ10 sejurus selepas serangan jantung mempunyai kadar kejadian jantung yang jauh lebih rendah.

• ๐‡๐ข๐ ๐ก ๐›๐ฅ๐จ๐จ๐ ๐ฉ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ž - CoQ10 berpotensi menurunkan tekanan darah sistolik

• ๐‡๐ž๐š๐ฅ๐ญ๐ก๐ฒ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐จ๐ง – Co Q10 ada secara semulajadi dalam badan kita tetapi menambah lebih banyak dalam bentuk suplemen CoQ10- mungkin bermanfaat dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung dan strok.


Ramai yang dah rasai sendiri perbezaan selepas mengambil coqcontrol plus ni antaranya; 





Nak dapatkan coqcontrol plus shaklee ni boleh terus click ๐Ÿ‘‡

https://wa.me/60148408193



Syafa Rahim
Trusted shaklee Agent
Shaklee kulim kedah
Postage Seluruh Malaysia



#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023



Istimewanya vitamin E shaklee





Apa itu Vitamin E?

✔️Vitamin E dikenali sebagai vitamin larut-lemak. 

✔️Ia mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan. 

✔️Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi. 

✔️Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan.


Sumber Makanan mengandungi Vitamin E


▪️Minyak sayuran 

▪️Sayuran berdaun hijau gelap 

▪️Kekacang

▪️Biji-bijian dan semua bijirin. 

▪️Beras perang 

▪️Jagung 

▪️Telur 

▪️Rumpai laut 

▪️Susu 

▪️Oat 

▪️Kacang soya 

▪️Ubi kentang 

▪️Gandum 


Tips Memilih Supplement Vitamin E yang Terbaik


Sebelum memilih suplemen vitamin E, mari kita rujuk garis panduan memilih supplemen vitamin E yang terbaik dari hasil penulisan Dr Bruce Miller : 


Paling penting pastikan Vitamin E dari sumber semulajadi (lihat pada label, ada huruf d kecil (d-alfa-tocoferol). Jika ada huruf ‘l’ atau ‘dl’ menunjukkan ia daripada sumber kimia atau tiruan).


Cari perkataan mixed tocopherol dalam label. Pilih vitamin E yang ada kandungan selenium.


Kenapa perlu pilih bahan dari sumber semulajadi? 


Ini kerana ia lebih baik dan lebih mudah diserap badan berbanding sumber tiruan atau kimia (tidak dapat diserap tubuh sepenuhnya dan ini boleh menyebabkan toksik sekaligus mewujudkan sel-sel abnormal dalam tubuh badan). 


Keistimewaan Vitamin E Complex Shaklee




Kapsul Vita-E Complex mengandungi 


> 400IU Vitamin E dari sumber semula jadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh. 

> 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum. 

> 39.4mg Ekstrak Biji Anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.


10 Manfaat Vitamin E Shaklee 




1.Membantu mengurangkan kesan "inflammation" 

2.Membantu mengurangkan risiko penyakit Parkinson. 

3.Membantu luka cepat sembuh. 

4.Membantu mengurangkan risiko kulit "sunburn". 

5.Membantu meningkatkan fungsi kesihatan mata. 

6.Membantu kanak-kanak yang ada masalah beta-thalassemia dan vitamin E deficiency. 

7. Membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit.

8. Membantu meningkatkan fungsi sistem saraf 

9.Membantu meningkatkan fungsi buah pinggang. 

10.Membantu merawat luka kecil di dalam tulang dan otak bayi pramatang. 




Testimoni Vitamin E 










Nak dapatkan vitamin E terus click ๐Ÿ‘‰https://wa.me/60148408193


Syafa Rahim
Trusted shaklee Agent
Shaklee kulim kedah
Postage Seluruh Malaysia



#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

Ahad, 30 Julai 2023

Tips travel solo dan dengan family

 

TIPS TRAVEL 





TIPS TRAVEL 1 - NAK BERJIMAT KAT MANA? 


Selalu jadi persoalan orang nak travel dengan bajet optimum, pada bahagian apa yang perlu berjimat dan pada bahagian apa yang jangan berjimat.


Bagi saya, bila namanya travel ni, ye la antara tujuan travel adalah nak menikmati perjalanan dengan tenang, selesa, sihat dan gembira. Jadinya, persoalan ini kembali kepada apa tujuan anda travel dan bersama siapa anda travel.


Jika tujuan untuk menikmati apa yang ada di negara orang, maka apa sahaja kos yang memerlukan anda melihat sesuatu di tempat orang yang tempat kita tiada, sebaiknya jangan sesekali kita kedekut untuk itu.


Jika kita bersama dengan keluarga, penting kita jangan abaikan keselesaan keluarga kita ketika travel. Kene fikir keadaan mereka dan kesediaan mereka untuk travel, adakah mereka ok dengan option yang kita akan pilih.


Kalau terlalu berjimat sampai cari hotel tak selesa, tak secured, akhirnya mereka terjejas, kita pun tak dapat travel dengan baik, ye la tak hepi la kan. 


Saya ringkaskan perkara ini dengan memberi contoh beberapa bahagian ketika travel.


PENERBANGAN


Jika anda travel sorang, atau group bujang, atau group backpack, tiada masalah pilih low cost airlines seperti Airasia. Orang macam ni jenis ketahanan kuat, duduk dalam Airasia sampai 10 jam pun tak ada masalah.


Jika anda travel dengan family, ada anak kecil, pertimbangkanlah sesuai ke tidak Airasia. Tengok keadaan yang sesuai, kalau Anak-anak tak banyak ragam ok saja kan. 


Jika travel bersama mak ayah warga emas, ini anda kena fikir masak-masak sebelum ambil low cost airlines. Seeloknya, jangan kedekut beli ticket standard airlines seperti Malaysia Airlines, Emirates, Thai Airways. Lebih selesa.


PENGINAPAN


Jika anda travel solo atau group bujang dan backpack, tiada masalah tidur di hostel. Lebih murah dan jimat. Tak sewa hostel, tidur tepi jalan pun tak ada masalah. Lagi adventure.


Tetapi kalau bersama keluarga, mesti ambil hotel selesa walaupun lebih mahal. Tambah pulak kalau cuaca sejuk, pastikan hotel yang ada heater. Pastikan mereka dapat rehat dengan cukup, menjaga kesihatan semasa travel jugak antara aspek penting untuk pastikan plan travel kita lancar.


Kalau saya, saya tak kompromi bab rehat yang selesa. Hatta seorang pun saya akan ambil hotel bilik single. Mesti rehat cukup untuk persediaan hari esok.


KENDERAAN


Kalau travel solo atau group backpack, ok je kalau naik bas awam, bas overnight, atau tumpang kenderaan orang pun ok.


Tetapi jika dengan keluarga, atau warga emas, pastikan kenderaan yang sesuai dan lebih privasi walaupun lebih mahal. Kalau saya, saya suka sewa kereta dan drive sendiri. Kereta pastikan selesa, tahan lasak, tayar anti licin.


Kalau ambil package, pastikan yang naik private bus, bukan public transport.


ENTRANCE FEE


Ini ramai orang yang keliru samada nak berjimat atau tidak. Bagi saya, apa sahaja perkara yang tiada di negara kita, tetapi ada di tempat kita travel, jangan kedekut untuk labur duit, cuba perkara tersebut. Itu antara Big Why mengapa kita travel ke sana.


Kena ingat, kita travel antaranya sebab nak explore tempat orang. Baru la kita tak rasa ralat kan, Jangan kedekut bab ini.


MAKANAN


Bab ni dia subjektif. Bagi saya, ada yang kita boleh berjimat, ada yang kita tak perlu berjimat sangat. Kalau makanan regular, nasi, ayam, ikan, berjimat pun ok. Beli yang murah je.


Tetapi kalau makanan tradisi tempat tu, yang tak ada di negara kita, bagus untuk rasa dan cuba. Tapi pastikan halal la ye. Makanan unik dan tradisi, itu antara yang kita mesti rasa kalau travel. Jangan kedekut untuk ini.


PAKAIAN


Bab ni kita boleh jimat banyak. Cari pakaian travel yang murah, tetapi pastikan ada kualiti. Jangan pulak sibuk beli pakaian berjenama nak bergaya semasa travel.


TRAVEL INSURANCE


Part ni jangan sesekali berjimat. Ambil travel insurance, kalau boleh yang protection paling tinggi. Mahal tak apa, janji berbaloi, boleh tolong kita semasa kecemasan.


KESIMPULAN


Travel ni mesti ada modal. Itu normal. Jangan sesekali ada nak travel impian tetapi kedekut keluar duit. Sampai travel insurance pun tak beli sebab nak jimat. Bila kecemasan, terpaksa susahkan orang lain untuk bantu.


Nak travel, kena usaha kumpul duit. Berbelanja kepada perkara yang perlu dan signifikan. Berjimat kepada perkara yang boleh dikompromi. Jangan kedekut dan berjimat tak bertempat. Moga tips travel yang Syafa share ni bermanfaat. 


Haaa ada lagi kalau semua di atas ni nak betul-betul jimat, nak pergi holiday & bercuti FREE bertaraf vvip syafa kongsikan trip mewah percutian free di sebelah



#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

Percutian shaklee PERCUMA dan MEWAH

 

Percutian shaklee




Sebenarnya percutian Shaklee ada setiap tahun dan terbahagi kepada dua jenis :


1) Regional Trip

Trip percutian dikawasan negera negara ASEAN dan melibatkan sekitar 4-5 hari, 3-4 malam.


Shaklee hanya mengadakan lawatan di dalam negara yang di kenali sebagai National trip dan Shaklee bagi duduk hotel 5 bintang tau! Mewah gitu.


Regional trip ini pula percutian di luar negara berdekatan negara malaysia selama 3-4 hari dan regional trip yang pertama ialah di Libra Cruise Penang-Langkawi-Phuket.


2) International Trip

Percutian ini sekitar 9 hari 7 malam dan terbahagi kepada dua iaitu samada UMRAH (muslim sahaja) dan mana mana negara selain Malaysia.


Kenapa kita mesti pergi trip Shaklee?


✅Percutian ditaja sepenuhnya oleh Shaklee dari sudut makanan, tiket penerbangan, penginapan, tiket masuk ke acara atau tempat lawatan

✅Duit poket disediakan bagi setiap yang layak

✅Percutian mewah ie makanan mewah dan eksklusif, acara yang VVIP dan grand, tempat lawatan yang paling eksklusif, hotel yang bertaraf 6 bintang, menggunakan syarikat penerbangan yang ekslusif. Pendek kata semua bertaraf 5 bintang.

✅Anda boleh bawa seberapa ramai bersama anda, yang penting cukup point untuk layak. Ada orang boleh bawa 8 orang ahli keluarganya bersama.



Dah la PERCUMA, MEWAH lagi,Siapa yang tak nak kan dapat PERCUTIAN PERCUMA TAJAAN 100% Shaklee dan yang bertaraf 5 bintang kan.


Dan ada lagi tau, shaklee juga bagi duit poket sekali haaa..hotel FREE, hadiah misteri lagi. Nak tunggu "poket" sendiri nak ke hotel 5 bintang macam dengan layanan tip top ni memang tak dapat la kan. 


Meh nak belanja juga antara yang shaklee sponsor untuk trip umrah, gift2 special time trip & meal allowance FREE tau ni. Aishhh dah la semua FREE siap keperluan sekali laugage pun FREE gaiss.


Mau tak jeles tu dengan trip percutian shaklee.


semua kelengkapan ni shaklee bagi FREE 


Duit poket shaklee bagi 


Antara Gift dari shaklee 


Gift dari shaklee


Meal allowance
Shaklee bagi 


Tahun ini, Shaklee sekali lagi akan bawa qualifier ke USA.


Nak join trip percutian Shaklee yang best dan lengkap? Mari mulakan bisnes Shaklee anda sekarang๐Ÿซถ๐Ÿป bermula hanya rm35 kita boleh menikmati percutian 5 star percuma! 


Jom terus click ๐Ÿ‘‡ 

https://wa.me/60148408193



#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023


Khamis, 20 Julai 2023

5 Tips Mudah Mula Bisnes Online

 TIPS BUSINESS ONLINE




Syafa yakin zaman sekarang semua orang pada hari ini berkemahiran untuk melayari mana-mana laman web di dalam internet. Adakah anda teringin menjadi usahawan yang menggunakan internet dan media sosial sebagai platform bisnes?


Rugi kan sekiranya kalau asyik je  melayari laman media sosial tetapi tidak menggunakannya menjadi sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. Tengok ramai orang dah berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook, Instagram dan juga di Whatsapp.


Sekiranya anda sedang merancang untuk memulakan bisnes online, Syafa nak berkongsi tips bagaimana nak memulakan bisnes online dengan betul.


Ni antara 5 tips bisnes online especially bagi yang baru nak mula busines online dengan mudah. Jom buat tindakan sekarang dan mulakan segera.


5 tips mula bisnes online :


1. Tak Perlu Buat Produk Sendiri.

Ini antara fakta yang diperakui oleh semua usahawan online yang telah berjaya. Sebagai permulaan, tidak perlulah berhempas-pulas dan memeningkan kepala dengan mencipta jenama (branding) dan membangunkan R&D untuk menghasilkan produk anda. Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai brand yang well establish. 


Macam Syafa sendiri, Syafa pilih company yang memang dah kukuh serta well establish, siapa tak kenal kan kalau sebut Shaklee. Seingat Syafa la..waktu umur 7 tahun lagi Syafa dah pernah dengar shaklee ni, darjah 1 masa tu. Sekarang masih lagi Shaklee mendapat sambutan & siap diiktiraf lagi brand paling mendapat tempat di hati ramai pengguna. 



Perlu diingatkan, pelanggan lebih cenderung untuk membeli barangan yang sudah mempunyai jenama yang kukuh berbanding jenama yang baru. 


2. Jangan target dapat untung yang tinggi dengan cepat. 

Perlu ingat jangan terlalu mahu cepat capai pulangan yang tinggi sekiranya jualan yang dilakukan tidak konsisten.


Fokuskan kepada berapa ramai orang yang boleh dibantu dengan produk yang diniagakan. Semakin ramai yang dapat faedah dari produk, semakin besar jualan nanti. Anda baru sahaja mahu memulakan bisnes online, mulakan dari kecil dan tingkatkannya bila jualan dah semakin besar. 


3. Modal yang rendah.

Sebaiknya lebih bijak di dalam memulakan perniagaan ni jangan membuat pinjaman bank, pinjaman Ah Long dan menyusahkan sanak-saudara dengan wang yang ingin dilaburkan di dalam perniagaan online.


Kerana bisnes online ni tidak perlukan modal yang besar kerana tidak perlu untuk menyewa premis atau menggajikan pekerja.


Perkara penting yang perlu dilakukan pada permulaan ini ialah  memperkasakan laman Fan Page Facebook dan blog. Tidak percaya? Just do it, pasti akan terkejut dengan hasil promosi yang dilakukan ini tanpa mengeluarkan sebarang sen pun wang. 


4. Risiko yang rendah.

Risiko yang rendah bermakna meminimumkan kerugian. Di dalam hal ini, perlu mengenal pasti potensi produk yang ingin dijual. Sekiranya produk tu adalah dari jenis yang tidak tahan lama, perlulah merancang jumlah kuantiti pembelian stok agar tiada stok yang disimpan terlalu lama kerana dikhuatiri ianya mudah rosak.


Dan penting juga kerapkan  mengadakan promosi dari masa ke semasa agar perjalanan jualan produk meningkat dan konsisten.


Apabila tiada stok yang disimpan bermakna permintaan terhadap produk meningkat dan sudah berjaya merendahkan risiko perniagaan anda.


5. Sentiasa belajar / Upgrade ilmu pemasaran. 


Walaupun berniaga secara online, anda rasa ramai orang akan melihat apa yang anda jual tetapi, dengan lambakan bisnes online yang ada sekarang, perniagaan anda mungkin tak dapat dilihat oleh orang lain.


Zaman sekarang perlu kreatif especially sekarang dengan ada pelbagai jenis sosmec kita perlulah bijak menggunakan peluang yang ada. Sentiasa belajar dari mereka yang telah berjaya, mentor dan upgrade ilmu kita. 


Jom mula busines online sekarang just click https://wa.me/60148408193



Syafa Rahim
Trusted shaklee Agent
Shaklee kulim kedah 
Postage Seluruh Malaysia



#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023










4 Tips Untuk Kekal Produktif Apabila Bekerja Dari Rumah


Kekal Produktif bekerja dari rumah.




Bekerja dari rumah agak memberi cabaran kepada kebanyakan orang. Apa yang boleh kita lakukan untuk kekal produktif dan bersemangat?


Ramai orang menganggap bekerja dari rumah ni adalah suatu kerja idaman kan sebab kita tidak perlu berhadapan dengan trafik, dapat tidur yang mencukupi, masa flexible dan ada  masa lebih untuk family.


Ya betul, kerja dari rumah ni mempunyai kebaikan dan keburukan yang ketara. Kita dapat duduk di rumah dan kurangkan kos pengangkutan tetapi lebih susah untuk fokus dari rumah. Masalah lain yang dihadapi adalah seperti;


๐Ÿ‘‰Lokasi atau tempat kerja yang kurang sesuai

๐Ÿ‘‰Pengurusan masa yang teruk dan kurang infrastruktur untuk bekerja

๐Ÿ‘‰Komunikasi yang kurang efektif

๐Ÿ‘‰Perasaan malas dan perasaan bekerja keseorangan. 


4 Tips Untuk Kekal Produktif:


#1. Cari ruang di rumah yang digunakan untuk bekerja

Pilih tempat di mana anda selesa untuk bekerja dan juga berasa berdisiplin. Ini bermakna ruang di mana anda boleh kaitkan dengan kerja dan boleh “fokus bekerja” apabila tiba masanya.

Antara perkara lain yang boleh kita lakukan adalah jadikan ruang kerja anda lihat seperti sebuah pejabat. Pastikan kita mempunyai akses mudah kepada semua peralatan pejabat di ofis kita termasuklah komputer, pencetak, peralatan untuk video conferencing, kertas, pen dan sebagainya. Apabila ruang kerja anda kelihatan seperti pejabat, lebih senang untuk kita kekal fokus.


Jika kita tidak mempunyai bilik berasingan, cari ruang yang mempunyai “trafik” paling rendah di dalam rumah ataupun sudut di ruang tamu. Selain itu, ruang tersebut juga perlu mempunyai aliran udara yang bagus dan pencahayaan yang mencukupi sama ada semulajadi atau dari lampu.


#2. Urus Jadual dan Masa Anda

Tetapkan masa dan jam bekerja anda dan berdisiplin dalam memastikan kita patuh pada masa tersebut. Kebiasaannya, ini bermakna kita patuh terhadap masa bekerja biasa 3-5 jam sehari supaya kerja-kerja di rumah juga dapat diimbangkan. 


Bila kita mempunyai jadual, bukan sahaja kita dapat menjadi lebih produktif, namun ia memastikan kita boleh meluangkan lebih masa dengan yang tersayang.


Untuk lebih membantu kita dalam pengurusan, kita boleh menetapkan jadual sendiri yang membahagikan masa kita bekerja, rehat dan meluangkan masa dengan keluarga. Buat senarai apa yang patut kita lakukan setiap hari dan apa yang kita mahu capai dalam kerja harian. Ini dapat membantu kita untuk menguruskan masa dan lebih produktif dari hari ke hari 


Sebagai contoh, tetapkan berapa jam sehari diperlukan untuk fokuskan siapkan tugasan kerja, supaya kita boleh bahagikan masa untuk kerja2 urusan rumah, keluarga dan waktu rehat kita. Sangat fleksibel dan ditetapkan oleh kita, jadi ia bergantung kepada citarasa kita.


Setiap hari mulakan dengan meletakkan matlamat mingguan. Setiap pagi, kita perlu tetapkan tiga kerja paling penting. Kita juga boleh mulakan dengan menyemak wassap / massage tetapi pastikan kita fokus kepada kerja yang memberi impak paling tinggi.


#3. Jaga komunikasi antara rakan team.

Sekurang-kurangnya sekali setiap minggu, berhubung dengan mereka untuk bertanya khabar serta berkongsi idea baru. 


Gunakan peralatan komunikasi melalui video dengan lebih kerap memandangkan anda terkurung di rumah. Pastikan juga kita mempunyai peralatan atau aplikasi yang sesuai seperti Zoom dan telegram– sedia digunakan untuk berhubung dengan rakan sekumpulan. 


Kita juga boleh melabur untuk headphone noise-cancelling, yang dapat menghalang gangguan bunyi luar supaya anda lebih fokus dalam mesyuarat dalam talian dan panggilan video.


#4. Cari sumber motivasi kita dan kekal berhubung dengan rakan serta keluarga

Jika kita tidak biasa bekerja dari rumah, terutamanya apabila bukan kita sahaja yang berada di rumah, kita perlukan masa untuk membiasakan diri. Cuba untuk kekal tenang apabila kita mengalami masalah.


Sebaliknya, tumpukan perhatian kita kepada perkara yang kita boleh kawal seperti persekitaran, mindset dan tahap gangguan.


Cari pakar motivasi yang kena dengan jiwa kita dan faham apa yang motivasikan kita. Apa yang kena dengan personaliti kita? Adakah ianya sifat ingin tahu, kemahiran sediakan masalah, peluang belajar, perasaan apabila berjaya, tujuan hidup atau cari minat kita? Semuanya bergantung apa yang kita ingin capai tetapi semua jenis motivasi ini boleh diaplikasikan dalam hidup kita.


Dr. Thuy-vy Nguyen dari Durham University, yang membuat kajian terhadap kesan duduk keseorangan, percaya bahawa kesan psikologi bekerja di rumah untuk masa yang lama selalunya dilepas pandang meskipun terdapat bukti bahawa kesihatan mental kita bergantung kepada bagaimana kita bersosial dalam kumpulan.


Bekerja dari rumah mungkin bukan untuk semua orang tetapi semuanya bergantung kepada cara bagimana mengurus diri dan bergantung kepada situasi tertentu. Jika anda positif, anda dapat mengambil peluang ini untuk kekal bekerja dan mencari punca pendapatan walaupun ketika krisis. Ambil peluang ini untuk utamakan perkara yang penting dalam hidup anda dan kawal hidup anda.





Kalau tanya Syafa seronok ke bekerja dari rumah? Yeaaahh Alhamdulillah setakat pengalaman Syafa ni apa pun pekerjaan kita buat.. jika kita minat insyaAllah seronok. 


Especially busines shaklee ni, bagi Syafa seronok sebab banyak yang Syafa pelajari, bukan hanya menjual & dapat duit sahaja. Enjoy busines shaklee ni di rumah onzz kadang-kadang walaupun di luar busines tetap onzz. Love sangat flexibility masa dengan biz ni. 





Jom mula bisnes shaklee tekan je link ni ๐Ÿ‘‡

https://wa.me/60148408193



Syafa Rahim
Trusted shaklee Agent
Shaklee kulim kedah 
Postage Seluruh Malaysia




#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023



Vitamin untuk Wanita

Hidup dalam zaman yang serba menekan sekarang ni, wanita perlu sentiasa kekal kuat dan sihat tak kiralah samada dari segi dalaman, luaran da...