Powered By Blogger

Ahad, 30 Julai 2023

Tips travel solo dan dengan family

 

TIPS TRAVEL 





TIPS TRAVEL 1 - NAK BERJIMAT KAT MANA? 


Selalu jadi persoalan orang nak travel dengan bajet optimum, pada bahagian apa yang perlu berjimat dan pada bahagian apa yang jangan berjimat.


Bagi saya, bila namanya travel ni, ye la antara tujuan travel adalah nak menikmati perjalanan dengan tenang, selesa, sihat dan gembira. Jadinya, persoalan ini kembali kepada apa tujuan anda travel dan bersama siapa anda travel.


Jika tujuan untuk menikmati apa yang ada di negara orang, maka apa sahaja kos yang memerlukan anda melihat sesuatu di tempat orang yang tempat kita tiada, sebaiknya jangan sesekali kita kedekut untuk itu.


Jika kita bersama dengan keluarga, penting kita jangan abaikan keselesaan keluarga kita ketika travel. Kene fikir keadaan mereka dan kesediaan mereka untuk travel, adakah mereka ok dengan option yang kita akan pilih.


Kalau terlalu berjimat sampai cari hotel tak selesa, tak secured, akhirnya mereka terjejas, kita pun tak dapat travel dengan baik, ye la tak hepi la kan. 


Saya ringkaskan perkara ini dengan memberi contoh beberapa bahagian ketika travel.


PENERBANGAN


Jika anda travel sorang, atau group bujang, atau group backpack, tiada masalah pilih low cost airlines seperti Airasia. Orang macam ni jenis ketahanan kuat, duduk dalam Airasia sampai 10 jam pun tak ada masalah.


Jika anda travel dengan family, ada anak kecil, pertimbangkanlah sesuai ke tidak Airasia. Tengok keadaan yang sesuai, kalau Anak-anak tak banyak ragam ok saja kan. 


Jika travel bersama mak ayah warga emas, ini anda kena fikir masak-masak sebelum ambil low cost airlines. Seeloknya, jangan kedekut beli ticket standard airlines seperti Malaysia Airlines, Emirates, Thai Airways. Lebih selesa.


PENGINAPAN


Jika anda travel solo atau group bujang dan backpack, tiada masalah tidur di hostel. Lebih murah dan jimat. Tak sewa hostel, tidur tepi jalan pun tak ada masalah. Lagi adventure.


Tetapi kalau bersama keluarga, mesti ambil hotel selesa walaupun lebih mahal. Tambah pulak kalau cuaca sejuk, pastikan hotel yang ada heater. Pastikan mereka dapat rehat dengan cukup, menjaga kesihatan semasa travel jugak antara aspek penting untuk pastikan plan travel kita lancar.


Kalau saya, saya tak kompromi bab rehat yang selesa. Hatta seorang pun saya akan ambil hotel bilik single. Mesti rehat cukup untuk persediaan hari esok.


KENDERAAN


Kalau travel solo atau group backpack, ok je kalau naik bas awam, bas overnight, atau tumpang kenderaan orang pun ok.


Tetapi jika dengan keluarga, atau warga emas, pastikan kenderaan yang sesuai dan lebih privasi walaupun lebih mahal. Kalau saya, saya suka sewa kereta dan drive sendiri. Kereta pastikan selesa, tahan lasak, tayar anti licin.


Kalau ambil package, pastikan yang naik private bus, bukan public transport.


ENTRANCE FEE


Ini ramai orang yang keliru samada nak berjimat atau tidak. Bagi saya, apa sahaja perkara yang tiada di negara kita, tetapi ada di tempat kita travel, jangan kedekut untuk labur duit, cuba perkara tersebut. Itu antara Big Why mengapa kita travel ke sana.


Kena ingat, kita travel antaranya sebab nak explore tempat orang. Baru la kita tak rasa ralat kan, Jangan kedekut bab ini.


MAKANAN


Bab ni dia subjektif. Bagi saya, ada yang kita boleh berjimat, ada yang kita tak perlu berjimat sangat. Kalau makanan regular, nasi, ayam, ikan, berjimat pun ok. Beli yang murah je.


Tetapi kalau makanan tradisi tempat tu, yang tak ada di negara kita, bagus untuk rasa dan cuba. Tapi pastikan halal la ye. Makanan unik dan tradisi, itu antara yang kita mesti rasa kalau travel. Jangan kedekut untuk ini.


PAKAIAN


Bab ni kita boleh jimat banyak. Cari pakaian travel yang murah, tetapi pastikan ada kualiti. Jangan pulak sibuk beli pakaian berjenama nak bergaya semasa travel.


TRAVEL INSURANCE


Part ni jangan sesekali berjimat. Ambil travel insurance, kalau boleh yang protection paling tinggi. Mahal tak apa, janji berbaloi, boleh tolong kita semasa kecemasan.


KESIMPULAN


Travel ni mesti ada modal. Itu normal. Jangan sesekali ada nak travel impian tetapi kedekut keluar duit. Sampai travel insurance pun tak beli sebab nak jimat. Bila kecemasan, terpaksa susahkan orang lain untuk bantu.


Nak travel, kena usaha kumpul duit. Berbelanja kepada perkara yang perlu dan signifikan. Berjimat kepada perkara yang boleh dikompromi. Jangan kedekut dan berjimat tak bertempat. Moga tips travel yang Syafa share ni bermanfaat. 


Haaa ada lagi kalau semua di atas ni nak betul-betul jimat, nak pergi holiday & bercuti FREE bertaraf vvip syafa kongsikan trip mewah percutian free di sebelah



#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Vitamin untuk Wanita

Hidup dalam zaman yang serba menekan sekarang ni, wanita perlu sentiasa kekal kuat dan sihat tak kiralah samada dari segi dalaman, luaran da...