TIPS BUSINESS ONLINE
Syafa yakin zaman sekarang semua orang pada hari ini berkemahiran untuk melayari mana-mana laman web di dalam internet. Adakah anda teringin menjadi usahawan yang menggunakan internet dan media sosial sebagai platform bisnes?
Rugi kan sekiranya kalau asyik je melayari laman media sosial tetapi tidak menggunakannya menjadi sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. Tengok ramai orang dah berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook, Instagram dan juga di Whatsapp.
Sekiranya anda sedang merancang untuk memulakan bisnes online, Syafa nak berkongsi tips bagaimana nak memulakan bisnes online dengan betul.
Ni antara 5 tips bisnes online especially bagi yang baru nak mula busines online dengan mudah. Jom buat tindakan sekarang dan mulakan segera.
5 tips mula bisnes online :
1. Tak Perlu Buat Produk Sendiri.
Ini antara fakta yang diperakui oleh semua usahawan online yang telah berjaya. Sebagai permulaan, tidak perlulah berhempas-pulas dan memeningkan kepala dengan mencipta jenama (branding) dan membangunkan R&D untuk menghasilkan produk anda. Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai brand yang well establish.
Macam Syafa sendiri, Syafa pilih company yang memang dah kukuh serta well establish, siapa tak kenal kan kalau sebut Shaklee. Seingat Syafa la..waktu umur 7 tahun lagi Syafa dah pernah dengar shaklee ni, darjah 1 masa tu. Sekarang masih lagi Shaklee mendapat sambutan & siap diiktiraf lagi brand paling mendapat tempat di hati ramai pengguna.
Perlu diingatkan, pelanggan lebih cenderung untuk membeli barangan yang sudah mempunyai jenama yang kukuh berbanding jenama yang baru.
2. Jangan target dapat untung yang tinggi dengan cepat.
Perlu ingat jangan terlalu mahu cepat capai pulangan yang tinggi sekiranya jualan yang dilakukan tidak konsisten.
Fokuskan kepada berapa ramai orang yang boleh dibantu dengan produk yang diniagakan. Semakin ramai yang dapat faedah dari produk, semakin besar jualan nanti. Anda baru sahaja mahu memulakan bisnes online, mulakan dari kecil dan tingkatkannya bila jualan dah semakin besar.
3. Modal yang rendah.
Sebaiknya lebih bijak di dalam memulakan perniagaan ni jangan membuat pinjaman bank, pinjaman Ah Long dan menyusahkan sanak-saudara dengan wang yang ingin dilaburkan di dalam perniagaan online.
Kerana bisnes online ni tidak perlukan modal yang besar kerana tidak perlu untuk menyewa premis atau menggajikan pekerja.
Perkara penting yang perlu dilakukan pada permulaan ini ialah memperkasakan laman Fan Page Facebook dan blog. Tidak percaya? Just do it, pasti akan terkejut dengan hasil promosi yang dilakukan ini tanpa mengeluarkan sebarang sen pun wang.
4. Risiko yang rendah.
Risiko yang rendah bermakna meminimumkan kerugian. Di dalam hal ini, perlu mengenal pasti potensi produk yang ingin dijual. Sekiranya produk tu adalah dari jenis yang tidak tahan lama, perlulah merancang jumlah kuantiti pembelian stok agar tiada stok yang disimpan terlalu lama kerana dikhuatiri ianya mudah rosak.
Dan penting juga kerapkan mengadakan promosi dari masa ke semasa agar perjalanan jualan produk meningkat dan konsisten.
Apabila tiada stok yang disimpan bermakna permintaan terhadap produk meningkat dan sudah berjaya merendahkan risiko perniagaan anda.
5. Sentiasa belajar / Upgrade ilmu pemasaran.
Walaupun berniaga secara online, anda rasa ramai orang akan melihat apa yang anda jual tetapi, dengan lambakan bisnes online yang ada sekarang, perniagaan anda mungkin tak dapat dilihat oleh orang lain.
Zaman sekarang perlu kreatif especially sekarang dengan ada pelbagai jenis sosmec kita perlulah bijak menggunakan peluang yang ada. Sentiasa belajar dari mereka yang telah berjaya, mentor dan upgrade ilmu kita.
Jom mula busines online sekarang just click https://wa.me/60148408193
Tiada ulasan:
Catat Ulasan