Powered By Blogger

Khamis, 20 Julai 2023

4 Tips Untuk Kekal Produktif Apabila Bekerja Dari Rumah


Kekal Produktif bekerja dari rumah.




Bekerja dari rumah agak memberi cabaran kepada kebanyakan orang. Apa yang boleh kita lakukan untuk kekal produktif dan bersemangat?


Ramai orang menganggap bekerja dari rumah ni adalah suatu kerja idaman kan sebab kita tidak perlu berhadapan dengan trafik, dapat tidur yang mencukupi, masa flexible dan ada  masa lebih untuk family.


Ya betul, kerja dari rumah ni mempunyai kebaikan dan keburukan yang ketara. Kita dapat duduk di rumah dan kurangkan kos pengangkutan tetapi lebih susah untuk fokus dari rumah. Masalah lain yang dihadapi adalah seperti;


👉Lokasi atau tempat kerja yang kurang sesuai

👉Pengurusan masa yang teruk dan kurang infrastruktur untuk bekerja

👉Komunikasi yang kurang efektif

👉Perasaan malas dan perasaan bekerja keseorangan. 


4 Tips Untuk Kekal Produktif:


#1. Cari ruang di rumah yang digunakan untuk bekerja

Pilih tempat di mana anda selesa untuk bekerja dan juga berasa berdisiplin. Ini bermakna ruang di mana anda boleh kaitkan dengan kerja dan boleh “fokus bekerja” apabila tiba masanya.

Antara perkara lain yang boleh kita lakukan adalah jadikan ruang kerja anda lihat seperti sebuah pejabat. Pastikan kita mempunyai akses mudah kepada semua peralatan pejabat di ofis kita termasuklah komputer, pencetak, peralatan untuk video conferencing, kertas, pen dan sebagainya. Apabila ruang kerja anda kelihatan seperti pejabat, lebih senang untuk kita kekal fokus.


Jika kita tidak mempunyai bilik berasingan, cari ruang yang mempunyai “trafik” paling rendah di dalam rumah ataupun sudut di ruang tamu. Selain itu, ruang tersebut juga perlu mempunyai aliran udara yang bagus dan pencahayaan yang mencukupi sama ada semulajadi atau dari lampu.


#2. Urus Jadual dan Masa Anda

Tetapkan masa dan jam bekerja anda dan berdisiplin dalam memastikan kita patuh pada masa tersebut. Kebiasaannya, ini bermakna kita patuh terhadap masa bekerja biasa 3-5 jam sehari supaya kerja-kerja di rumah juga dapat diimbangkan. 


Bila kita mempunyai jadual, bukan sahaja kita dapat menjadi lebih produktif, namun ia memastikan kita boleh meluangkan lebih masa dengan yang tersayang.


Untuk lebih membantu kita dalam pengurusan, kita boleh menetapkan jadual sendiri yang membahagikan masa kita bekerja, rehat dan meluangkan masa dengan keluarga. Buat senarai apa yang patut kita lakukan setiap hari dan apa yang kita mahu capai dalam kerja harian. Ini dapat membantu kita untuk menguruskan masa dan lebih produktif dari hari ke hari 


Sebagai contoh, tetapkan berapa jam sehari diperlukan untuk fokuskan siapkan tugasan kerja, supaya kita boleh bahagikan masa untuk kerja2 urusan rumah, keluarga dan waktu rehat kita. Sangat fleksibel dan ditetapkan oleh kita, jadi ia bergantung kepada citarasa kita.


Setiap hari mulakan dengan meletakkan matlamat mingguan. Setiap pagi, kita perlu tetapkan tiga kerja paling penting. Kita juga boleh mulakan dengan menyemak wassap / massage tetapi pastikan kita fokus kepada kerja yang memberi impak paling tinggi.


#3. Jaga komunikasi antara rakan team.

Sekurang-kurangnya sekali setiap minggu, berhubung dengan mereka untuk bertanya khabar serta berkongsi idea baru. 


Gunakan peralatan komunikasi melalui video dengan lebih kerap memandangkan anda terkurung di rumah. Pastikan juga kita mempunyai peralatan atau aplikasi yang sesuai seperti Zoom dan telegram– sedia digunakan untuk berhubung dengan rakan sekumpulan. 


Kita juga boleh melabur untuk headphone noise-cancelling, yang dapat menghalang gangguan bunyi luar supaya anda lebih fokus dalam mesyuarat dalam talian dan panggilan video.


#4. Cari sumber motivasi kita dan kekal berhubung dengan rakan serta keluarga

Jika kita tidak biasa bekerja dari rumah, terutamanya apabila bukan kita sahaja yang berada di rumah, kita perlukan masa untuk membiasakan diri. Cuba untuk kekal tenang apabila kita mengalami masalah.


Sebaliknya, tumpukan perhatian kita kepada perkara yang kita boleh kawal seperti persekitaran, mindset dan tahap gangguan.


Cari pakar motivasi yang kena dengan jiwa kita dan faham apa yang motivasikan kita. Apa yang kena dengan personaliti kita? Adakah ianya sifat ingin tahu, kemahiran sediakan masalah, peluang belajar, perasaan apabila berjaya, tujuan hidup atau cari minat kita? Semuanya bergantung apa yang kita ingin capai tetapi semua jenis motivasi ini boleh diaplikasikan dalam hidup kita.


Dr. Thuy-vy Nguyen dari Durham University, yang membuat kajian terhadap kesan duduk keseorangan, percaya bahawa kesan psikologi bekerja di rumah untuk masa yang lama selalunya dilepas pandang meskipun terdapat bukti bahawa kesihatan mental kita bergantung kepada bagaimana kita bersosial dalam kumpulan.


Bekerja dari rumah mungkin bukan untuk semua orang tetapi semuanya bergantung kepada cara bagimana mengurus diri dan bergantung kepada situasi tertentu. Jika anda positif, anda dapat mengambil peluang ini untuk kekal bekerja dan mencari punca pendapatan walaupun ketika krisis. Ambil peluang ini untuk utamakan perkara yang penting dalam hidup anda dan kawal hidup anda.





Kalau tanya Syafa seronok ke bekerja dari rumah? Yeaaahh Alhamdulillah setakat pengalaman Syafa ni apa pun pekerjaan kita buat.. jika kita minat insyaAllah seronok. 


Especially busines shaklee ni, bagi Syafa seronok sebab banyak yang Syafa pelajari, bukan hanya menjual & dapat duit sahaja. Enjoy busines shaklee ni di rumah onzz kadang-kadang walaupun di luar busines tetap onzz. Love sangat flexibility masa dengan biz ni. 





Jom mula bisnes shaklee tekan je link ni 👇

https://wa.me/60148408193



Syafa Rahim
Trusted shaklee Agent
Shaklee kulim kedah 
Postage Seluruh Malaysia




#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Vitamin untuk Wanita

Hidup dalam zaman yang serba menekan sekarang ni, wanita perlu sentiasa kekal kuat dan sihat tak kiralah samada dari segi dalaman, luaran da...