Powered By Blogger

Khamis, 20 Julai 2023

5 Tips Mudah Mula Bisnes Online

 TIPS BUSINESS ONLINE




Syafa yakin zaman sekarang semua orang pada hari ini berkemahiran untuk melayari mana-mana laman web di dalam internet. Adakah anda teringin menjadi usahawan yang menggunakan internet dan media sosial sebagai platform bisnes?


Rugi kan sekiranya kalau asyik je  melayari laman media sosial tetapi tidak menggunakannya menjadi sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. Tengok ramai orang dah berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook, Instagram dan juga di Whatsapp.


Sekiranya anda sedang merancang untuk memulakan bisnes online, Syafa nak berkongsi tips bagaimana nak memulakan bisnes online dengan betul.


Ni antara 5 tips bisnes online especially bagi yang baru nak mula busines online dengan mudah. Jom buat tindakan sekarang dan mulakan segera.


5 tips mula bisnes online :


1. Tak Perlu Buat Produk Sendiri.

Ini antara fakta yang diperakui oleh semua usahawan online yang telah berjaya. Sebagai permulaan, tidak perlulah berhempas-pulas dan memeningkan kepala dengan mencipta jenama (branding) dan membangunkan R&D untuk menghasilkan produk anda. Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai brand yang well establish. 


Macam Syafa sendiri, Syafa pilih company yang memang dah kukuh serta well establish, siapa tak kenal kan kalau sebut Shaklee. Seingat Syafa la..waktu umur 7 tahun lagi Syafa dah pernah dengar shaklee ni, darjah 1 masa tu. Sekarang masih lagi Shaklee mendapat sambutan & siap diiktiraf lagi brand paling mendapat tempat di hati ramai pengguna. 



Perlu diingatkan, pelanggan lebih cenderung untuk membeli barangan yang sudah mempunyai jenama yang kukuh berbanding jenama yang baru. 


2. Jangan target dapat untung yang tinggi dengan cepat. 

Perlu ingat jangan terlalu mahu cepat capai pulangan yang tinggi sekiranya jualan yang dilakukan tidak konsisten.


Fokuskan kepada berapa ramai orang yang boleh dibantu dengan produk yang diniagakan. Semakin ramai yang dapat faedah dari produk, semakin besar jualan nanti. Anda baru sahaja mahu memulakan bisnes online, mulakan dari kecil dan tingkatkannya bila jualan dah semakin besar. 


3. Modal yang rendah.

Sebaiknya lebih bijak di dalam memulakan perniagaan ni jangan membuat pinjaman bank, pinjaman Ah Long dan menyusahkan sanak-saudara dengan wang yang ingin dilaburkan di dalam perniagaan online.


Kerana bisnes online ni tidak perlukan modal yang besar kerana tidak perlu untuk menyewa premis atau menggajikan pekerja.


Perkara penting yang perlu dilakukan pada permulaan ini ialah  memperkasakan laman Fan Page Facebook dan blog. Tidak percaya? Just do it, pasti akan terkejut dengan hasil promosi yang dilakukan ini tanpa mengeluarkan sebarang sen pun wang. 


4. Risiko yang rendah.

Risiko yang rendah bermakna meminimumkan kerugian. Di dalam hal ini, perlu mengenal pasti potensi produk yang ingin dijual. Sekiranya produk tu adalah dari jenis yang tidak tahan lama, perlulah merancang jumlah kuantiti pembelian stok agar tiada stok yang disimpan terlalu lama kerana dikhuatiri ianya mudah rosak.


Dan penting juga kerapkan  mengadakan promosi dari masa ke semasa agar perjalanan jualan produk meningkat dan konsisten.


Apabila tiada stok yang disimpan bermakna permintaan terhadap produk meningkat dan sudah berjaya merendahkan risiko perniagaan anda.


5. Sentiasa belajar / Upgrade ilmu pemasaran. 


Walaupun berniaga secara online, anda rasa ramai orang akan melihat apa yang anda jual tetapi, dengan lambakan bisnes online yang ada sekarang, perniagaan anda mungkin tak dapat dilihat oleh orang lain.


Zaman sekarang perlu kreatif especially sekarang dengan ada pelbagai jenis sosmec kita perlulah bijak menggunakan peluang yang ada. Sentiasa belajar dari mereka yang telah berjaya, mentor dan upgrade ilmu kita. 


Jom mula busines online sekarang just click https://wa.me/60148408193



Syafa Rahim
Trusted shaklee Agent
Shaklee kulim kedah 
Postage Seluruh Malaysia



#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023










4 Tips Untuk Kekal Produktif Apabila Bekerja Dari Rumah


Kekal Produktif bekerja dari rumah.




Bekerja dari rumah agak memberi cabaran kepada kebanyakan orang. Apa yang boleh kita lakukan untuk kekal produktif dan bersemangat?


Ramai orang menganggap bekerja dari rumah ni adalah suatu kerja idaman kan sebab kita tidak perlu berhadapan dengan trafik, dapat tidur yang mencukupi, masa flexible dan ada  masa lebih untuk family.


Ya betul, kerja dari rumah ni mempunyai kebaikan dan keburukan yang ketara. Kita dapat duduk di rumah dan kurangkan kos pengangkutan tetapi lebih susah untuk fokus dari rumah. Masalah lain yang dihadapi adalah seperti;


👉Lokasi atau tempat kerja yang kurang sesuai

👉Pengurusan masa yang teruk dan kurang infrastruktur untuk bekerja

👉Komunikasi yang kurang efektif

👉Perasaan malas dan perasaan bekerja keseorangan. 


4 Tips Untuk Kekal Produktif:


#1. Cari ruang di rumah yang digunakan untuk bekerja

Pilih tempat di mana anda selesa untuk bekerja dan juga berasa berdisiplin. Ini bermakna ruang di mana anda boleh kaitkan dengan kerja dan boleh “fokus bekerja” apabila tiba masanya.

Antara perkara lain yang boleh kita lakukan adalah jadikan ruang kerja anda lihat seperti sebuah pejabat. Pastikan kita mempunyai akses mudah kepada semua peralatan pejabat di ofis kita termasuklah komputer, pencetak, peralatan untuk video conferencing, kertas, pen dan sebagainya. Apabila ruang kerja anda kelihatan seperti pejabat, lebih senang untuk kita kekal fokus.


Jika kita tidak mempunyai bilik berasingan, cari ruang yang mempunyai “trafik” paling rendah di dalam rumah ataupun sudut di ruang tamu. Selain itu, ruang tersebut juga perlu mempunyai aliran udara yang bagus dan pencahayaan yang mencukupi sama ada semulajadi atau dari lampu.


#2. Urus Jadual dan Masa Anda

Tetapkan masa dan jam bekerja anda dan berdisiplin dalam memastikan kita patuh pada masa tersebut. Kebiasaannya, ini bermakna kita patuh terhadap masa bekerja biasa 3-5 jam sehari supaya kerja-kerja di rumah juga dapat diimbangkan. 


Bila kita mempunyai jadual, bukan sahaja kita dapat menjadi lebih produktif, namun ia memastikan kita boleh meluangkan lebih masa dengan yang tersayang.


Untuk lebih membantu kita dalam pengurusan, kita boleh menetapkan jadual sendiri yang membahagikan masa kita bekerja, rehat dan meluangkan masa dengan keluarga. Buat senarai apa yang patut kita lakukan setiap hari dan apa yang kita mahu capai dalam kerja harian. Ini dapat membantu kita untuk menguruskan masa dan lebih produktif dari hari ke hari 


Sebagai contoh, tetapkan berapa jam sehari diperlukan untuk fokuskan siapkan tugasan kerja, supaya kita boleh bahagikan masa untuk kerja2 urusan rumah, keluarga dan waktu rehat kita. Sangat fleksibel dan ditetapkan oleh kita, jadi ia bergantung kepada citarasa kita.


Setiap hari mulakan dengan meletakkan matlamat mingguan. Setiap pagi, kita perlu tetapkan tiga kerja paling penting. Kita juga boleh mulakan dengan menyemak wassap / massage tetapi pastikan kita fokus kepada kerja yang memberi impak paling tinggi.


#3. Jaga komunikasi antara rakan team.

Sekurang-kurangnya sekali setiap minggu, berhubung dengan mereka untuk bertanya khabar serta berkongsi idea baru. 


Gunakan peralatan komunikasi melalui video dengan lebih kerap memandangkan anda terkurung di rumah. Pastikan juga kita mempunyai peralatan atau aplikasi yang sesuai seperti Zoom dan telegram– sedia digunakan untuk berhubung dengan rakan sekumpulan. 


Kita juga boleh melabur untuk headphone noise-cancelling, yang dapat menghalang gangguan bunyi luar supaya anda lebih fokus dalam mesyuarat dalam talian dan panggilan video.


#4. Cari sumber motivasi kita dan kekal berhubung dengan rakan serta keluarga

Jika kita tidak biasa bekerja dari rumah, terutamanya apabila bukan kita sahaja yang berada di rumah, kita perlukan masa untuk membiasakan diri. Cuba untuk kekal tenang apabila kita mengalami masalah.


Sebaliknya, tumpukan perhatian kita kepada perkara yang kita boleh kawal seperti persekitaran, mindset dan tahap gangguan.


Cari pakar motivasi yang kena dengan jiwa kita dan faham apa yang motivasikan kita. Apa yang kena dengan personaliti kita? Adakah ianya sifat ingin tahu, kemahiran sediakan masalah, peluang belajar, perasaan apabila berjaya, tujuan hidup atau cari minat kita? Semuanya bergantung apa yang kita ingin capai tetapi semua jenis motivasi ini boleh diaplikasikan dalam hidup kita.


Dr. Thuy-vy Nguyen dari Durham University, yang membuat kajian terhadap kesan duduk keseorangan, percaya bahawa kesan psikologi bekerja di rumah untuk masa yang lama selalunya dilepas pandang meskipun terdapat bukti bahawa kesihatan mental kita bergantung kepada bagaimana kita bersosial dalam kumpulan.


Bekerja dari rumah mungkin bukan untuk semua orang tetapi semuanya bergantung kepada cara bagimana mengurus diri dan bergantung kepada situasi tertentu. Jika anda positif, anda dapat mengambil peluang ini untuk kekal bekerja dan mencari punca pendapatan walaupun ketika krisis. Ambil peluang ini untuk utamakan perkara yang penting dalam hidup anda dan kawal hidup anda.





Kalau tanya Syafa seronok ke bekerja dari rumah? Yeaaahh Alhamdulillah setakat pengalaman Syafa ni apa pun pekerjaan kita buat.. jika kita minat insyaAllah seronok. 


Especially busines shaklee ni, bagi Syafa seronok sebab banyak yang Syafa pelajari, bukan hanya menjual & dapat duit sahaja. Enjoy busines shaklee ni di rumah onzz kadang-kadang walaupun di luar busines tetap onzz. Love sangat flexibility masa dengan biz ni. 





Jom mula bisnes shaklee tekan je link ni 👇

https://wa.me/60148408193



Syafa Rahim
Trusted shaklee Agent
Shaklee kulim kedah 
Postage Seluruh Malaysia




#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023



Selasa, 11 Julai 2023

Antara Vivix dan ResV nak pilih yang mana

 

BEZA VIVIX DAN RESV




ResV dan Vivix ni sama ke? Kalau ikutkan tak sama, tapi mudah cerita ResV ni asalnya dari vivix juga cuma di upgrade lebih powerful lagi. Tapi tiap satu ni ada kelebihan masing-masing. 


Jom kita tengok tang mana beza vivix dan ResV ni:


VIVIX


🫀Energy for Life (Tenaga Untuk Kehidupan)

🫀Dibuat daripada 4 ramuan utama yang kaya dengan polifenol

🫀10% lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal

🫀Dalam bentuk cecair

🫀Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk selepas di buka. 

🫀Memiliki 3 patent: Gabungan Polifenol, Diproses Secara Cold Filling Extraction, dan Semulajadi, Tanpa Pengawet dan Cecair yang stabil. 

🫀Digunakan untuk meningkatkan kesihatan

🫀Jangka hayat setiap botol tak lama  selama 12 bulan

🫀Sangat stabil, telah berada dipasaran selama 11 tahun


RESV


🫀Live Vibrantly

🫀Dibuat daripada 7 ramuan utama yang hebat

🫀30% lebih berkuasa berbanding Vivix

🫀Dibuat dalam bentuk liquigel

🫀Memiliki 6 patent: 3 patent Vivix ditambah dengan 3 patent 

🫀Digunakan secara tradisi untuk mengekalkan kesihatan

🫀Mudah dibawa ke mana-mana terutama travel (mesra travel)

🫀Tak perlu disimpan dalam peti sejuk

🫀Jangka hayat setiap botol adalah selama 24 bulan

🫀Didaftarkan secara rasmi di Malaysia dalam Bahagian Perubatan Tradisional dan Kontemporar




Ada yang kata Vivix more powerful pada dia, ResV lambat ni sikit. Sebenarnya, antara dua beradik ni, RESV 30% lebih power tau sebab ada extra 5 ekstrak buah-buahan premium dari Vivix.


Maknanya Polifenol dalam ResV lebih tinggi berbanding Vivix. Vivix adalah cecair yang boleh terus meresap pada badan, terus dapat instant effect at that time. 


Tapi ResV, perlu dicernakan dulu sebab dia dalam bentuk softgel, once dah cair, dia lagi power!!


Untuk the best result sebaiknya ambik kedua-dua sekali: 


👉Malam sebelum tidur ambil ResV untuk baikpulih cells seluruh badan waktu badan dan organ kita sedang “rehat” berfungsi. Confirm awak bangun pagi mudah sangat.

👉Pagi minum Vivix 1 sudu teh saja..confirm seharian produktif dan bertenaga sangat!



Pengambilan Vivix dan ResV akan:


👍Membantu melindungi dan membaiki DNA selular.

👍Memberikan kesan positif kepada pengawal selia genetik yang membantu melawan penuaan selular (perlindungan sel)

👍Memperbaiki tenaga sel pada tahap selular (mitokondria)

👍Meningkatkan fungsi selular.






Promosi VIVIX & RESV, banyaknya LESS! jom grab peluang ni sebelum licin..terus ke link 👇

https://wa.me/60148408193

https://wa.me/60148408193

https://wa.me/60148408193


Isnin, 10 Julai 2023

Apa specialnya vivix?


Keunikan vivix 



Vivix adalah minuman campuran botani Polyhonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah & Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.


4 BAHAN UTAMA DALAM VIVIX




1.Anggur Muscadine 

Dalam bahasa melayu ia dipanggil Anggur Muskat dan ia anggur jenis liar. Sebab itu ia sangat istimewa. Ia adalah sumber terbaik antioksidan dan ia mempunyai ciri-ciri anti-radang.

 

2. Purple Carrot 

Sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquuiterpenes termasuk anthocynanins. 


3. Elderberry 

Nama saintifik untuk Elderberry ialah Sumbucus Nigra. Buah Elderberry ini banyak tumbuh di kawasan Eropah, Amerika Utara, Asia dan Benua Eropah. Elderberry telah lama digunakan dikalangan pengamal perubatan tradisional.  


4. Polygonum Cuspidatum 

Atau lebih dikenali sebagai Japenese Knotweed. Ia berasal dari asia dan ia juga boleh ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun ni adalah sumber komersial Resveratrol yang terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan biji anggur merah.


4 bahan utama ini kaya dengan Polifenol.  Polifenol ini adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan & sel anti-penuaan semulajadi.



Fungsi Polifenol


Polifenol adalah sejenis antioksidan. Antioksidan berfungsi untuk mengurangkan radikal bebas yang terdapat pada badan manusia. Polifenol juga berfungsi untuk memberi perlindungan daripada penyakit dan jangkitan.


Kenapa Badan Perlukan Polifenol?


Polifenol adalah sejenis antioksidan tetapi ia tidak terhad untuk membunuh radikal bebas sahaja, tetapi polifenol ini juga berfungsi untuk melindungi dan membaiki sel-sel badan kita supaya badan kita kuat dan sihat


Jadi sebab itulah kenapa kita perlu ambil polifenol sebagai perlindungan kepada badan supaya badan rasa bertenaga, bersemangat, kuat, dan sihat. Disebabkan itulah kenapa amat penting kita amalkan pengambilan nutrisi yang kaya dengan polifenol setiap hari.




Vivix Shaklee mengandungi resveratrol.

Resveratrol adalah salah satu jenis polifenol. Mengikut maklumbalas Dr Daggy, Vivix Shaklee bertindak lebih baik berbanding resveratrol tunggal. Ini disebabkan ramuan Vivix Shaklee bukan resveratrol semata-mata, bahkan Vivix adalah kombinasi resveratrol dan 15 jenis polifenol.


Dalam kajian Vivix Shaklee terhadap tekanan oksidan dan keradangan, saintis mendapati resveratrol sangat mudah diserap ke dalam usus. Disebabkan itulah saintis dapat menjelaskan bagaimana resveratrol dapat membantu kesihatan kerana ia telah dapat menyekat kemasukan toksin daripada usus lagi.


Pernah dengar tak tentang  keradangan? 

Bahaya sangat ke? Kalau gemuk, bahaya apa? Mungkin ramai yang tak kisah makan apa, asalkan kita boleh makan, bersyukur!


Rupanya, makanan yang tak bagus akan merosakkan badan kita. Ramai tak faham tentang radang. Dirasakan ini biasa biasa sajalah. Bukan kronik.


Tapi, keradangan sangat bahaya sebab ia melibatkan salur darah dan juga jantung. Kapilari dah boleh jadi keras akibat radang. dan kebarangkalian pecah. 


Orang yang ada diabetic mungkin meradang salur darah bahagian jantung dan mata. Untuk atasi keradangan ini, ambil polifenol + resveratrol yang ada dalam vivix.




Kajian menunjukkan , ia mampu mengurangkan keradangan.


Pastinya anda nak tahu apakah kesan terbaik pengamal Vivix alami apabila mengamalkan dua suplemen Shaklee (Vivix dan ResV) ini. Syafa nak KONGSIKAN apa itu DNA dan Telemore.


Apa itu DNA manusia?


DNA membina semua SEL badan kita. Di dalam DNA terdapat maklumat genetik yang membina siapa kita dan unik berbanding orang lain. Setiap organ manusia dibina dari SEL yang membawa maklumat DNA termasuklah kulit, hati, jantung, rambut dan sebagainya.


Dalam kitaran sel, apabila tiba masa, sel kita akan mati dan sel baru pula akan terbina. Sel baharu mendapat maklumat daripada DNA asal untuk ditiru dan ini berlaku berulang-ulang kali sepanjang hayat kita.


Apa pula TELEMORE?


Telemore melindungi maklumat DNA. Telemore adalah penutup pada setiap rangkaian DNA yang melindungi kromosom. Kalau kita boleh bayangkan tali kasut, penghujung tali kasut itu lah telemore.


Pelindung hujung tali inilah yang membantu tali kasut supaya kekal bentuk asalnya dan tiada benang tercarik dengan mudah.


Kajian yang dibuat oleh shaklee melibatkan sistem telemore individu yang mengambil vivix dan yang tidak mengambil apa2 suppliment






Dan di dapati, individu yang mengambil vivix mempunya telemore yang lebih panjang 11% dari individu yang satu lagi.


Anda tahu??


Telemore ini berkait rapat dengan usia tau, perbandingan ini bukan saja2 dibuat, tapi kajian ini telah dibukukan sebagai satu kajian scientific yang di iktiraf tau.


Vivix ni tinggi antioksidan, sebab itu dia mampu memberi tenaga kepada sistem sel yang sudah rosak dan yang perlu dibaiki..


Vivix the best choice untuk anda melambatkan proses penuaan.


Ajal memang dah Allah tentukan, tapi biarlah Allah ambik kita dalam kita sihat dan bukan dalam keadaan yang menyusahkan orang2 yang kita sayang...betul tak?


Lagi kita gali pasal vivix ni lagi kita akan temui berbagai2 keunikkan vivix ni. Jom invest untuk kesihatan, dapatkan vivix promo di https://wa.me/60148408193


Vivix dan ResV ada promosi! 

Less pun banyak! 

Jom dapatkan Vivix & ResV bulan ni !

Jumaat, 30 Jun 2023

Dah ambik ResV boleh ambik vivix juga?


MAKAN VIVIX PAGI, MAKAN RESV MALAM




Kenapa nak kena makan dua-dua, bukan sama je ke ingredients?

Tak sama. 

RESV adalah tambah 3 lagi bahan kepada VIVIX yang menjadikannya lebh powerful 30% 





Bayangkan kalau siang makan VIVIX, malam makan RESv pulak, masyaaAllah moga ikhtiar nak sihat ni ALLAH izinkan resv dan Vivix mainkan peranannya untuk setiap sel dalam badan kita 

VIVIX diambil siang bertujuan untuk LINDUNGI sel kita. Siang kita banyak terdedah kepada free radical - dari sinar UV, bluelight (ngadap komputer dan fon je berjam-jam), stress lagi, pengambilan makanan yang tak sihat. Biar VIVIX tolong protect


RESV diambil malam bertujuan untuk REPAIR sel kita. 
Di samping REDUCE free radical ni, bahan polyphenols dalam RESv bantu untuk repair sel-sel rosak. Kesannya, sel kita akan ditingkatkan performance, kita jadi lebih bertenaga, lebih ceria dan awet muda. 




ResV ni premium first class supplement in the world. Cover sampai level DNA. Vitamin lain cover sampai cellular level saja,


ResV repair pergi sampai molecular level, DNA Level. Antioxidant paling premium di dunia.


Antioxidants terbaik sebab dalam ni ada 2 king of superfoods yang terbukti mengandungi ORAC tertinggi di dunia. 


Lengkap dengan kajian klinikal yang terlibat dengan doktor perubatan yang memenangi anugerah nobel dalam perubatan hasil kajian berkenaan bahan yang ada dalam #ResVshaklee dan #Vivixshaklee 


Apa yang hebatnya tentang ResVivix Shaklee?

  • Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!

  • Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.

  • Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.

  • Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC.

*Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods






Dan Dalam Resvivix juga ada polifenol. Polifenol ni terlalu banyak kebaikan dia. Tersangat banyak. 

Polifenol ni fitokimia dari tumbuhan. Terlalu banyak la kesan dia pada badan kita. 

Saya sendiri ambik vivix, memang beza, especially kalau berpantang lepas bersalin tu superb la, badan memang cepat recover. Memang tak cari lain.


Antara kebaikan polifenol yang ada dalam vivix ni

✅Membantu merencatkan sel kanser dari menjadi semakin serius
✅Membantu melindungi jantung
✅Membantu mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
✅Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
✅Membantu utk kurangkan penyakit strok - angin ahmar
✅Meningkatkan kesihatan imum badan
✅Menggalakan kesihatan keseluruhan




Bagaimana Polifenol mampu turunkan bacaan gula dalam darah anda?

Dalam Vivix ada bahan bahan yang kaya dengan Polifenol spt anggur muscadine.

Berdasarkan kajian, Polifenol ni membantu melambatkan perembesa glucose dari hati kita.

Ianya kaya antioksidan yang mencegah aktiviti AGE dalam badan kita. AGE nilah yang sgt bahaya. Ianya mengumpul sisa toksin dlm badan kita sehingga sel rosak, kanser, pelbagai penyakit ...

Nak cegah atau lindungi gula dalam darah naik mencanak. Ambillah Vivix dan ResV.





Ada promo ResV & vivix ni bulan ni, nak dapatkan dengan harga promo boleh terus tekan link 

https://wa.me/60148408193







SyafaRahim

Trusted shaklee Agent

Shaklee Kulim Kedah

Postage Seluruh Malaysia 


Khamis, 22 Jun 2023

8 Amalan gaya hidup sihat

 


8 AMALAN HIDUP SIHAT YANG MUDAH DILAKUKAN


Semakin ramai rakyat Malaysia yang mula sedar kepentingan menjalani hidup sihat. Tapi, masih ada antara kita yang tidak mengambil hal ini sebagai suatu yang penting.


Kita mesti sedar bahawa kesihatan adalah jaminan untuk hidup yang lebih sejahtera. Dan untuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik, gaya hidup sihat merupakan satu daripada syaratnya.


Gaya Hidup Sihat:

Amalan kehidupan yang sihat dapat mengurangkan risiko kita untuk
terdedah kepada penyakit yang semakin mudah menyerang kita semua pada hari ini dan boleh menjadi pembunuh utama manusia.


Masih ramai individu diluar sana yang mengalami tidak aktif dan tidak menjalani gaya hidup yang sihat.


Mereka ini menjadi sasaran penyakit strok kerana kebanyakan mereka mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Tapi, masih belum terlambat untuk mereka berubah dan menjalani hidup yang lebih sihat.


Antara amalan yang mudah dilakukan adalah:

1. Pemakanan Sihat


Ini merupakan amalan utama dalam menjalani gaya hidup sihat.
Pemakanan yang sihat dapat membantu kita mengekalkan tubuh yang sihat dan mengelakkan kegemukkan.

Kurangkan pengambilan makanan bergula dan garam kerana pengambilan berlebihan boleh merisikokan kita mendapat darah tinggi, kencing manis dan obesiti yang boleh menyebabkan strok.


Jika anda gemar makan makanan yang tidak menyihatkan, anda boleh
menggantikannya dengan snek yang berkhasiat dan pastikan anda tidak
mengambilnya pada waktu hampir dengan waktu makan malam.
Makan dalam jumlah yang kecil dan minum air kosong 6-8 gelas sehari.



2. Persekitaran Yang Bersih

Memastikan kebersihan diri dan juga persekitaran juga penting dalam amalan gaya hidup sihat. Mengutamakan kebersihan dapat menghalang wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar dan merisikokan anda mendapatkan penyakit lain.


3. Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala



Bukan ketika sakit sahaja perlukan pemeriksaan, anda perlu menjalani
pemeriksaan kesihatan berkala ini perlu bagi mengesan simptom awal
penyakit yang boleh meragut nyawa.

Sekiranya penyakit berbahaya dapat dikesan pada peringkat awal, ini boleh memastikan cara pencegahan dan rawatan terperinci yang boleh
dijalankan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.


4. Beriadah



Beriadah atau bersenam dapat mengeluarkan peluh dari badan. Toksin dalam badan juga turut keluar melalui peluh.

Senaman berjadual sangat perlu bagi memastikan tubuh anda menjadi cergas dan membantu sistem peredaran darah lebih teratur. 

Ingat! Saluran darah yang tersekat boleh mengakibatkan strok.
Contoh senaman mudah adalah seperti berlari,, bersukan, berjalan, dan aerobik.


5. Berhenti Merokok



Seperti yang sedia maklum, tabiat merokok boleh merisikokan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung dan lebih 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut.

Ini adalah kerana terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam asap rokok. Jadi, bertindak sekarang, katakan tidak pada merokok. Dapatkan nasihat dari
doktor untuk menangani masalah ketagihan dan cara berhenti merokok.


6. Atasi Stress



Semua orang mengalami stress atau tekanan. Pelbagai punca yang boleh
menyebabkan stress, antaranya masalah keluarga, kerja, kewangan, dan sebagainya.

Tekanan atau stress yang berpanjangan boleh menimbulkan rasa marah. Jadi, atasi masalah ini dengan mengawal tekanan dan kemarahan.

Beberapa cara untuk mengurangkan marah:
  • Berfikir secara positif
  • Belajar bertenang
  • Wujudkan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Rehat dan tidur yang cukup
  • Cari teman untuk berkongsi atau meluahkan masalah

7. Pastikan Rehat yang Cukup

Rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan selain dapat
menenangkan tubuh badan serta minda.

Selain itu, proses metabolisme juga dapat berjalan dengan lancar dengan rehat yang mencukupi.

8. Ambik makanan tambahan 



Makanan tambahan dapat memulih dan memelihara kesihatan individu. Memandangkan gaya hidup yang kurang bergerak dan pengambilan makanan yang tidak seimbang menyebabkan ramai mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan. 

Makan tambahan ini juga dikenali sebagai “makanan berfungsi”, mengandungi bahan lengkap pada asasnya seperti protein, mineral serta galian yang di perlukan oleh badan.

Selain itu, pengambilan makanan tambahan berfungsi untuk menyingkirkan toksik dalam badan iaitu dengan mengurangkan kerosakan tisu-tisu dalam badan. Makanan tambahan juga dapat meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan seharian kita.

Macam Syafa & Family kami pilih suplement shaklee. Brand yang memang trusted, ada kajian dan proven. Alhamdulillah dah hampir 10 tahun jadi masih konsisten ambik shaklee. Banyak perubahan serta kesihatan keluarga kami bertambah baik.

Hendak seribu daya, tak nak sejuta dalih. 8 amalan yang sangat mudah
untuk kita amalkan untuk menjadikan gaya hidup kita jalani lebih sihat.

Usaha yang kita laburkan hari ini akan mendatangkan faedah yang sangat berbaloi di masa akan datang. Syafa mahu hari tua yang cergas dan ceria.

Anda?




SyafaRahim
Trusted shaklee Agent
Shaklee Kulim Kedah
Postage Seluruh Malaysia


#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

Betul ke baking soda boleh hilangkan jeragat?

 



APA ITU JERAGAT? 


Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.




Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam.


Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Tapi jangan risau, jeragat tidak merbahaya cuma ia menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.
 


PUNCA JERAGAT BERLAKU


 
1. TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI 


Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’. Dan jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.
 
 2. PERUBAHAN HORMON/ RAWATAN HORMON


Pil perancang kehamilan merupakan salah satu punca terjadinya jeragat. Wanita hamil juga sering mendapat jeragat yang dipanggil chloasma atau topeng kehamilan.
 
3. PENGGUNAAN KOSMETIK


Bahan-bahan terlarang yang digunakan dalam produk kosmetik yang berbahaya boleh menyebabkan jeragat dan kerosakan kulit kepada pemakai.
 
4. FAKTOR KETURUNAN


Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang.


Sebelum terjadinya jeragat pakailah sunscreen mulai sekarang sebelum terlambat. (Mencegah lebih baik dari merawat).


Tapi saya dah ada jeragat. Jadi nak tahu juga petua dan tips yang boleh membantu hilangkan jeragat saya ni?




TIPS HILANGKAN JERAGAT DENGAN BAKING SODA!


1. Baking soda dan air


Menggunakan campuran baking soda dan air dikatakan dapat bantu mencegah hiperpigmentasi pada kulit. Ia akan memudarkan bintik-bintik gelap pada kulit dengan mudah.


Caranya:

  • Ambil 2 sudu baking soda dan tambahkan sedikit air ke dalamnya
  • Gaul sebati dan sapukan pes di bahagian kulit berjeragat
  • Urut selama 10 minit dan biarkan buat sementara waktu
  • Basuh dengan air sejuk dan keringkan bahagian tersebut dengan tuala bersih


2. Baking soda dan madu


Baking soda berupaya ‘mengelupaskan’ kulit, manakala madu mengandungi humektan semula jadi yang membantu mengurangkan jerawat pada kulit.

Selain itu, campuran serbuk penaik dan madu dapat bantu mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap di wajah.


Caranya:


  • Campurkan sejumlah serbuk penaik dan madu untuk menghasilkan pes pekat
  • Sapukan pes ini pada bintik gelap dan cuci menggunakan air sejuk


3. Petua hilangkan jeragat dengan baking soda dan susu


Tahukah, susu mengandungi asid laktik yang dikatakan dapat merawat masalah jeragat dengan mudah? Tambah lagi, baking soda pula dapat membersihkan kulit dengan mendalam.


Apabila kedua-dua bahan ini dicampur, ia akan menjadi petua hilangkan jeragat yang baik dan berkesan!


Caranya:


  • Ambil sejumlah serbuk penaik dan gaul dengan susu
  • Pastikan untuk menghasilkan pes yang pekat
  • Sapukan pada bintik-bintik gelap atau jeragat dan bilas dengan air sejuk


4. Baking soda dan jus kentang


Petua hilangkan jeragat dengan baking soda adalah menggabungkannya dengan kentang. Apa, kentang? Ya, betul. 


Ini kerana kentang mengandungi pati yang dikatakan berkesan dalam mengurangkan pigmen gelap pada kulit, lantas menjadikannya remedi bagus untuk masalah jeragat!


Kandungannya yang berupaya mencerahkan kulit dapat menghilangkan bintik-bintik gelap pada wajah.


Caranya:


  • Ambil 2 sudu serbuk penaik dan tambahkan sedikit jus kentang ke dalamnya
  • Campurkan kedua-dua bahan untuk mendapatkan pes pekat
  • Sapukan di bahagian yang ingin dirawat dan cuci dengan air sejuk


5. Baking soda dan yogurt


Serbuk penaik mengelupaskan kulit, manakala yogurt mengandungi enzim aktif yang bantu memutihkan kulit secara semula jadi.


Gabungan baking soda dan yogurt dapat memudarkan penampilan bintik-bintik gelap serta jeragat di wajah dengan mudah!


Bukan itu sahaja, ia turut menjaga kelembapan kulit anda dan menghasilkan kulit yang sihat serta glowing!


Selamat mencuba ya, petua & tips ni bukan la magik, tapi insyaAllah kalau rajin dan konsisten pasti ada hasilnya. Moga petua hilangkan jeragat ni bermanfaat buat semua.


Tapi sebaiknya mencegah tu lebih baik kan, sebab tu wajib pakai sunscreen bila nak keluar tau.


Sebelum nak keluar rumah wajibkan diri apply sunscreen. Macam Syafa guna Moisturiser SPF50 youth ni. Jimat masa sebab 
3 in 1 dan bestnya moisturiser SPF50 ni sebab:

YOUTH Age Defense SPF 50 memberikan perlindungan UVA UVB dari sinaran matahari terdiri
daripada UVA dan juga UUVB.
UVA boleh menembus jauh hingga ke dalam kulit yang kemudiannya akan memecahkan kolagen kulit.


Sebab tu kulit cepat berkedut serta memiliki garis halus. UVB pula adalah sejenis sinaran matahari yang boleh merosakkan lapisan
permukaan kulit contohnya menyebabkan kulit jadi sunburn!


Oleh itu amat penting untuk kita menggunakan sunscreen yang boleh melindungi daripada kedua-dua
kulit jenis sinaran radiasi ini. Nama lain bagi sunscreen seperti ini adalah broadspectrum sunscreen.







YOUTH Age Defense Moisturiser
Shaklee ialah sejenis sunscreen yang melindungi kulit daripada UVA dan UVB serta memiliki nilai SPF 50.

Fungsi Age Defense YOUTH
50 Moisturiser SPF Sunscreen Shaklee

  • Melembapkan kulit dengan semulajadi
  • Menambahbaikkan penampilan menyeluruh
  • Mencerahkan kulit
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi kulit daripada sinaran matahari UVA dan UVB
  • Mengelakkan masalah kulit cepat berkedut dan garis halus
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus
  • Kaya dengan vitamin dan botani bernutrien
  • Boleh digunakan sebagai make up primer
  • Membantu pudarkan parut jerawat
  • Membantu memudarkan mengurangkan masalah jeragat
  • Mudah dibersihkan
  • Mesra Wudhu' kerana tidak kalis air.


Formulasi ringan yang tidak memiliki sisa, tidak menyebabkan ghosting effect iaitu warna putih bercapuk pada muka. Kaya kelembapan serta mempunyai pelindung matahari yang dihasilkan
secara semulajadi untuk memberikan perlindungan yang bebas kimia, SPF 50, berspektrum luas UVA/UVB.



Selain itu, ia juga mengandungi
biopolimer marin semulajadi yang akan melindungi awak daripada pencemaran, memiliki antioksida berpaten yang bermaksud tiada company lain boleh meniru formulasi YOUTH Sunscreen ini.




Age Defense YOUTH Moisturiser
SPF 50 Shaklee ini juga memberi
pertahanan kepada kulit daripada radikal bebas yang akan menghasilkan kulit muda remaja dari usia sebenar, dan ada kandungan vitamin serta minyak berkhasiat yang dan melembapkan kulit memperbaiki tona kulit secara menyeluruh.


Macam mana nak dapatkan YOUTH moisturiser SPF 50 ni? Boleh terus click link ni 👇

https://wa.me/60148408193



SyafaRahim
Trusted shaklee Agent
Shaklee Kulim Kedah
Postage Seluruh Malaysia



#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

Vitamin untuk Wanita

Hidup dalam zaman yang serba menekan sekarang ni, wanita perlu sentiasa kekal kuat dan sihat tak kiralah samada dari segi dalaman, luaran da...