Powered By Blogger

Khamis, 22 Jun 2023

Betul ke baking soda boleh hilangkan jeragat?

 



APA ITU JERAGAT? 


Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.




Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam.


Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Tapi jangan risau, jeragat tidak merbahaya cuma ia menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.
 


PUNCA JERAGAT BERLAKU


 
1. TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI 


Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’. Dan jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.
 
 2. PERUBAHAN HORMON/ RAWATAN HORMON


Pil perancang kehamilan merupakan salah satu punca terjadinya jeragat. Wanita hamil juga sering mendapat jeragat yang dipanggil chloasma atau topeng kehamilan.
 
3. PENGGUNAAN KOSMETIK


Bahan-bahan terlarang yang digunakan dalam produk kosmetik yang berbahaya boleh menyebabkan jeragat dan kerosakan kulit kepada pemakai.
 
4. FAKTOR KETURUNAN


Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang.


Sebelum terjadinya jeragat pakailah sunscreen mulai sekarang sebelum terlambat. (Mencegah lebih baik dari merawat).


Tapi saya dah ada jeragat. Jadi nak tahu juga petua dan tips yang boleh membantu hilangkan jeragat saya ni?




TIPS HILANGKAN JERAGAT DENGAN BAKING SODA!


1. Baking soda dan air


Menggunakan campuran baking soda dan air dikatakan dapat bantu mencegah hiperpigmentasi pada kulit. Ia akan memudarkan bintik-bintik gelap pada kulit dengan mudah.


Caranya:

  • Ambil 2 sudu baking soda dan tambahkan sedikit air ke dalamnya
  • Gaul sebati dan sapukan pes di bahagian kulit berjeragat
  • Urut selama 10 minit dan biarkan buat sementara waktu
  • Basuh dengan air sejuk dan keringkan bahagian tersebut dengan tuala bersih


2. Baking soda dan madu


Baking soda berupaya ‘mengelupaskan’ kulit, manakala madu mengandungi humektan semula jadi yang membantu mengurangkan jerawat pada kulit.

Selain itu, campuran serbuk penaik dan madu dapat bantu mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap di wajah.


Caranya:


  • Campurkan sejumlah serbuk penaik dan madu untuk menghasilkan pes pekat
  • Sapukan pes ini pada bintik gelap dan cuci menggunakan air sejuk


3. Petua hilangkan jeragat dengan baking soda dan susu


Tahukah, susu mengandungi asid laktik yang dikatakan dapat merawat masalah jeragat dengan mudah? Tambah lagi, baking soda pula dapat membersihkan kulit dengan mendalam.


Apabila kedua-dua bahan ini dicampur, ia akan menjadi petua hilangkan jeragat yang baik dan berkesan!


Caranya:


  • Ambil sejumlah serbuk penaik dan gaul dengan susu
  • Pastikan untuk menghasilkan pes yang pekat
  • Sapukan pada bintik-bintik gelap atau jeragat dan bilas dengan air sejuk


4. Baking soda dan jus kentang


Petua hilangkan jeragat dengan baking soda adalah menggabungkannya dengan kentang. Apa, kentang? Ya, betul. 


Ini kerana kentang mengandungi pati yang dikatakan berkesan dalam mengurangkan pigmen gelap pada kulit, lantas menjadikannya remedi bagus untuk masalah jeragat!


Kandungannya yang berupaya mencerahkan kulit dapat menghilangkan bintik-bintik gelap pada wajah.


Caranya:


  • Ambil 2 sudu serbuk penaik dan tambahkan sedikit jus kentang ke dalamnya
  • Campurkan kedua-dua bahan untuk mendapatkan pes pekat
  • Sapukan di bahagian yang ingin dirawat dan cuci dengan air sejuk


5. Baking soda dan yogurt


Serbuk penaik mengelupaskan kulit, manakala yogurt mengandungi enzim aktif yang bantu memutihkan kulit secara semula jadi.


Gabungan baking soda dan yogurt dapat memudarkan penampilan bintik-bintik gelap serta jeragat di wajah dengan mudah!


Bukan itu sahaja, ia turut menjaga kelembapan kulit anda dan menghasilkan kulit yang sihat serta glowing!


Selamat mencuba ya, petua & tips ni bukan la magik, tapi insyaAllah kalau rajin dan konsisten pasti ada hasilnya. Moga petua hilangkan jeragat ni bermanfaat buat semua.


Tapi sebaiknya mencegah tu lebih baik kan, sebab tu wajib pakai sunscreen bila nak keluar tau.


Sebelum nak keluar rumah wajibkan diri apply sunscreen. Macam Syafa guna Moisturiser SPF50 youth ni. Jimat masa sebab 
3 in 1 dan bestnya moisturiser SPF50 ni sebab:

YOUTH Age Defense SPF 50 memberikan perlindungan UVA UVB dari sinaran matahari terdiri
daripada UVA dan juga UUVB.
UVA boleh menembus jauh hingga ke dalam kulit yang kemudiannya akan memecahkan kolagen kulit.


Sebab tu kulit cepat berkedut serta memiliki garis halus. UVB pula adalah sejenis sinaran matahari yang boleh merosakkan lapisan
permukaan kulit contohnya menyebabkan kulit jadi sunburn!


Oleh itu amat penting untuk kita menggunakan sunscreen yang boleh melindungi daripada kedua-dua
kulit jenis sinaran radiasi ini. Nama lain bagi sunscreen seperti ini adalah broadspectrum sunscreen.







YOUTH Age Defense Moisturiser
Shaklee ialah sejenis sunscreen yang melindungi kulit daripada UVA dan UVB serta memiliki nilai SPF 50.

Fungsi Age Defense YOUTH
50 Moisturiser SPF Sunscreen Shaklee

  • Melembapkan kulit dengan semulajadi
  • Menambahbaikkan penampilan menyeluruh
  • Mencerahkan kulit
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi kulit daripada sinaran matahari UVA dan UVB
  • Mengelakkan masalah kulit cepat berkedut dan garis halus
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus
  • Kaya dengan vitamin dan botani bernutrien
  • Boleh digunakan sebagai make up primer
  • Membantu pudarkan parut jerawat
  • Membantu memudarkan mengurangkan masalah jeragat
  • Mudah dibersihkan
  • Mesra Wudhu' kerana tidak kalis air.


Formulasi ringan yang tidak memiliki sisa, tidak menyebabkan ghosting effect iaitu warna putih bercapuk pada muka. Kaya kelembapan serta mempunyai pelindung matahari yang dihasilkan
secara semulajadi untuk memberikan perlindungan yang bebas kimia, SPF 50, berspektrum luas UVA/UVB.



Selain itu, ia juga mengandungi
biopolimer marin semulajadi yang akan melindungi awak daripada pencemaran, memiliki antioksida berpaten yang bermaksud tiada company lain boleh meniru formulasi YOUTH Sunscreen ini.




Age Defense YOUTH Moisturiser
SPF 50 Shaklee ini juga memberi
pertahanan kepada kulit daripada radikal bebas yang akan menghasilkan kulit muda remaja dari usia sebenar, dan ada kandungan vitamin serta minyak berkhasiat yang dan melembapkan kulit memperbaiki tona kulit secara menyeluruh.


Macam mana nak dapatkan YOUTH moisturiser SPF 50 ni? Boleh terus click link ni 👇

https://wa.me/60148408193



SyafaRahim
Trusted shaklee Agent
Shaklee Kulim Kedah
Postage Seluruh Malaysia



#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Vitamin untuk Wanita

Hidup dalam zaman yang serba menekan sekarang ni, wanita perlu sentiasa kekal kuat dan sihat tak kiralah samada dari segi dalaman, luaran da...