Semakin ramai rakyat Malaysia yang mula sedar kepentingan menjalani hidup sihat. Tapi, masih ada antara kita yang tidak mengambil hal ini sebagai suatu yang penting.
Kita mesti sedar bahawa kesihatan adalah jaminan untuk hidup yang lebih sejahtera. Dan untuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik, gaya hidup sihat merupakan satu daripada syaratnya.
Gaya Hidup Sihat:
Amalan kehidupan yang sihat dapat mengurangkan risiko kita untuk
terdedah kepada penyakit yang semakin mudah menyerang kita semua pada hari ini dan boleh menjadi pembunuh utama manusia.
Masih ramai individu diluar sana yang mengalami tidak aktif dan tidak menjalani gaya hidup yang sihat.
Mereka ini menjadi sasaran penyakit strok kerana kebanyakan mereka mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Tapi, masih belum terlambat untuk mereka berubah dan menjalani hidup yang lebih sihat.
Antara amalan yang mudah dilakukan adalah:
1. Pemakanan Sihat
Ini merupakan amalan utama dalam menjalani gaya hidup sihat.
Pemakanan yang sihat dapat membantu kita mengekalkan tubuh yang sihat dan mengelakkan kegemukkan.
Pemakanan yang sihat dapat membantu kita mengekalkan tubuh yang sihat dan mengelakkan kegemukkan.
Kurangkan pengambilan makanan bergula dan garam kerana pengambilan berlebihan boleh merisikokan kita mendapat darah tinggi, kencing manis dan obesiti yang boleh menyebabkan strok.
Jika anda gemar makan makanan yang tidak menyihatkan, anda boleh
menggantikannya dengan snek yang berkhasiat dan pastikan anda tidak
mengambilnya pada waktu hampir dengan waktu makan malam.
Makan dalam jumlah yang kecil dan minum air kosong 6-8 gelas sehari.
2. Persekitaran Yang Bersih
Memastikan kebersihan diri dan juga persekitaran juga penting dalam amalan gaya hidup sihat. Mengutamakan kebersihan dapat menghalang wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar dan merisikokan anda mendapatkan penyakit lain.
3. Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala
Bukan ketika sakit sahaja perlukan pemeriksaan, anda perlu menjalani
pemeriksaan kesihatan berkala ini perlu bagi mengesan simptom awal
penyakit yang boleh meragut nyawa.
Sekiranya penyakit berbahaya dapat dikesan pada peringkat awal, ini boleh memastikan cara pencegahan dan rawatan terperinci yang boleh
dijalankan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.
4. Beriadah
Beriadah atau bersenam dapat mengeluarkan peluh dari badan. Toksin dalam badan juga turut keluar melalui peluh.
Senaman berjadual sangat perlu bagi memastikan tubuh anda menjadi cergas dan membantu sistem peredaran darah lebih teratur.
Ingat! Saluran darah yang tersekat boleh mengakibatkan strok.
Contoh senaman mudah adalah seperti berlari,, bersukan, berjalan, dan aerobik.
Contoh senaman mudah adalah seperti berlari,, bersukan, berjalan, dan aerobik.
5. Berhenti Merokok
Seperti yang sedia maklum, tabiat merokok boleh merisikokan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung dan lebih 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut.
Ini adalah kerana terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam asap rokok. Jadi, bertindak sekarang, katakan tidak pada merokok. Dapatkan nasihat dari
doktor untuk menangani masalah ketagihan dan cara berhenti merokok.
6. Atasi Stress
Semua orang mengalami stress atau tekanan. Pelbagai punca yang boleh
menyebabkan stress, antaranya masalah keluarga, kerja, kewangan, dan sebagainya.
Tekanan atau stress yang berpanjangan boleh menimbulkan rasa marah. Jadi, atasi masalah ini dengan mengawal tekanan dan kemarahan.
Beberapa cara untuk mengurangkan marah:
7. Pastikan Rehat yang Cukup
- Berfikir secara positif
- Belajar bertenang
- Wujudkan hobi
- Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
- Rehat dan tidur yang cukup
- Cari teman untuk berkongsi atau meluahkan masalah
Rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan selain dapat
menenangkan tubuh badan serta minda.
Selain itu, proses metabolisme juga dapat berjalan dengan lancar dengan rehat yang mencukupi.
8. Ambik makanan tambahan
Makanan tambahan dapat memulih dan memelihara kesihatan individu. Memandangkan gaya hidup yang kurang bergerak dan pengambilan makanan yang tidak seimbang menyebabkan ramai mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan.
Makan tambahan ini juga dikenali sebagai “makanan berfungsi”, mengandungi bahan lengkap pada asasnya seperti protein, mineral serta galian yang di perlukan oleh badan.
Selain itu, pengambilan makanan tambahan berfungsi untuk menyingkirkan toksik dalam badan iaitu dengan mengurangkan kerosakan tisu-tisu dalam badan. Makanan tambahan juga dapat meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan seharian kita.
Macam Syafa & Family kami pilih suplement shaklee. Brand yang memang trusted, ada kajian dan proven. Alhamdulillah dah hampir 10 tahun jadi masih konsisten ambik shaklee. Banyak perubahan serta kesihatan keluarga kami bertambah baik.
Hendak seribu daya, tak nak sejuta dalih. 8 amalan yang sangat mudah
untuk kita amalkan untuk menjadikan gaya hidup kita jalani lebih sihat.
Usaha yang kita laburkan hari ini akan mendatangkan faedah yang sangat berbaloi di masa akan datang. Syafa mahu hari tua yang cergas dan ceria.
Anda?
SyafaRahim
Trusted shaklee Agent
Shaklee Kulim Kedah
Postage Seluruh Malaysia
#blogmegashaklee
#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Tiada ulasan:
Catat Ulasan