Powered By Blogger

Sabtu, 29 April 2023

Seronoknya beraya, hari raya dengan shaklee


Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa, tiba syawal untuk diraikan. Belum terlambat Syafa & Family mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir & batin buat semua.




Pejam celik, hari ni dah 9 syawal, walaupun dah 9 Syawal masih meriah sambutan hari raya especially rumah terbuka.


Bila sebut syawal ni memang tak lari la dari menu-menu raya kan? Ketupat, lemang, lontong dan segala macam lagi menunya. Meriahkan dengan menu-menu. 




Bila dah kunjung mengunjung ni takkan la kita tak menjamah hidangan, tapi bila makan dan makan ni memang biasa ada yang jadi perut meragam, ada yang jadi masalah membuang semua.


Mula la badan bagi sign tak sihat, pening semua kan. Haaa raya, raya juga kesihatan jangan di abaikan ya kawan2. Sini Syafa nak sharekan tips-tips beraya dengan shaklee.  insyaAllah raya seronok, kesihatan pun akan maintain ok. 


Tips Makan Sihat di Hari Raya Dengan Shaklee


1. Elakkan minuman manis

Paling bagus cuba elakkan atau kurangkan minuman manis termasuk juga minuman yang bergas. Bila beraya memang akan dihidangkan air bergas, sirap atau kordial dan semuanya tinggi kandungan gula, perisa dan pewarna yang tidak berapa bagus untuk kesihatan badan. Ini membuatkan kita rasa cepat kenyang tapi akan cepat lapar juga. Agak susah nak berhenti tapi sekurangnya cuba untuk mengawal dari minum banyak. Amalkan minum air kosong atau air masak lebih. Syafa biasa bawa bekal air masak atau performance drink sekali biasanya kalau pergi beraya tambah-tambah pula sekarang musim panas. 


2. Kawal portion makan

Seeloknya cuba kawal jumlah hidangan. Boleh ambil atau cuba semua jenis makanan tapi amik dalam jumlah yang sedikit, yang ni boleh cuba gunakan pinggan yang bersaiz kecik. Kita pun tak boleh nak ambik makanan dalam kuantiti yang banyak.


3. Kerapkan pengambilan air kosong.

Salah satu tips mudah jaga makan terutama di hari raya dengan cara rajin minum air kosong. Air kosong tiada kalori dan bagus untuk sistem badan termasuk sistem penghadaman dan metabolisme badan. Bila dah terbiasa minum air kosong lama secara tak langsung dapat kurangkan air manis.


4. Ambik omegaguard & Phytocol-st. 

Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak omega 3 yang disarankan bagi membantu menyingkirkan kolestrol yang tidak diperlukan dalam darah, Omega 3 menurunkan paras trigliserida, LDL (kolestrol jahat) dan menaikkan paras HDL (kolestrol baik) terbukti secara klinikal membantu penyerapan kolestrol dan menurunkan kolestrol LDL, manakala

Phytocol-st juga bertindak mencegah kolestrol yang masuk ke dalam badan daripada melekat pada salur darah dalam badan


5 . Jangan abaikan pengambilan protien. 

Protein ini yang ramai terlupa. Bila badan kita cukup protein, ia dapat membantu mengurangkan selera makan, mengurangkan rasa lapar, dan mengurangkan paras hormon ghrelin dan meningkatkan hormon kenyang. Jika jenis kuat makan, cuba ambik protein waktu pagi sebelum makan pada hari raya. Kita akan rasa lebih kenyang lama dan kurang nak makan macam-macam. Atau jika ada pergi rumah terbuka raya, minum dulu protein shake sebelum beraya. Bila dah kenyang, automatik tak rasa nak makan banyak.


6. Amik set detox

Bila beraya memang akan makan banyak. Tapi proses detox tak berapa nak lancar. Jadi, boleh cuba ambil Herblax untuk fokus membantu mudah membuang dan mengeluarkan toksin bila dah berlebihan makan. Yang menarik herblax ini bila makan malam, waktu pagi esoknya kan terus membuang. Perut juga jadi lebih selesa.

Satu lagi agen detox yang bagus iaitu Alfalfa. Alfalfa boleh membantu membuang angin, menyingkirkan kolesterol, membersihkan hati, kolon, dan darah. 


Haa ingat ya raya, raya juga tapi kesihatan jangan di abaikan ya. Rugi la kan sebulan kita puasa dan amalkan permakanan yang sihat, tiba-tiba raya terus kelaut dalam semuanya hehe. Jangan kerana raya sekali setahun kita sanggup gadaikan kesihatan kita ya. 


Sihat ni tak dapat di beli, dan jauh lebih mahal dari suplement shaklee ni. Syawal masih panjang, boleh la sambung aktiviti ziarah kenalan dan saudara mara lagi. Moga terus sihat dan gembira beraya. Bestnya hari raya dengan shaklee. 


Nak dapatkan vitamin shaklee boleh terus click link 👇

https://wa.me/60148408193


SyafaRahim
Trusted shaklee Agent
Shaklee Kulim Kedah 
Postage Seluruh Malaysia
 


#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

Rabu, 19 April 2023

Istimewa program insentif shaklee cycle April 2023

 

Berita gembira di Cycle baru shaklee, ramai SID exited sebab shaklee sediakan banyak reward dan insentif-insentif baru, Peluang besar buat semua ahli baru, ahli lama SID untuk terus melebarkan organisasi perniagaan.




Bermula April/2023 sehingga Jun/2023, Shaklee Malaysia telah menyediakan satu Program Insentif Shaklee Malaysia atau Field Insentif Malaysia (FYP) . Sebagai Cabaran Bulanan bagi pangkat Supervisor dan Senior Supervisor baru dan lama, best sangat program ni, extra bonus untuk mereka yang dapat capai insentif ini.


Banyak keistimewaan program ni untuk semua ahli baru yang konsisten mencapai rank baru bermula dari pangkat Supervisor serta untuk ahli yang di pangkat Supervisor dan senior supervisor.


Keistimewaan Program Insentif Shaklee Malaysia

Program ini diwujudkan  untuk membina asas konsisten dalam sebuah perniagaan yang kukuh dalam satu-satu kumpulan yang baru. Sama-sama membantu pemimpin perniagaan yang teratas untuk membina semula perniagaan agar menjadi lebih kukuh dan bertahan lama di bawah satu kumpulan perniagaan.


Macam mana nak capai keistimewaan ni? Yes, mesti la perlu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Shaklee Malaysia. Nak tahu bagaimana & apa kelayakan untuk mendapatkan bonus tambahan RM600?


Cara Nak Dapatkan Bonus Tambahan Shaklee RM600.

Bermula April 2023 hingga Jun 2023 di dalam Program Insentif Shaklee, anda yang dapat kekal efektif selama 2 bulan selepas naik pangkat dengan pangkat baru iaitu Supervisor atau Senior Supervisor secara automatik layak mendapat bonus tambahan sebanyak RM600.


Jika tak berjaya naik pangkat dalam bulan April 2023, anda masih boleh berusaha untuk naik pangkat pada bulan Mei 2023. Tapi sekirannya masih tidak berjaya naik pangkat juga dalam bulan tersebut, peluang terakhir anda perlu capai rank baru adalah pada bulan Jun 2023 dengan syarat selepas naik pangkat wajib kekal effective 2 bulan selepas naik pangkat.

👉Berjaya naik pangkat bulan April, kekal effective bulan mei dan Jun - reward tunai sebanyak rm600 akan di bayar pada bulan Ogos
👉Berjaya naik pangkat bulan Mei, kekal effective bulan Jun dan Julai - reward tunai sebanyak rm600 akan di bayar pada bulan September
👉Berjaya naik pangkat bulan Jun, kekal effective bulan Julai dan Ogos - reward tunai sebanyak rm600 akan di bayar pada bulan Oktober.


Sangat mudah kan nak dapat bonus tambahan tunai RM600 dari shaklee. Anggaran jualan pada bulan pertama RM11 ribu untuk dapatkan 21%. Oleh sebab itulah program ni juga membawa kita untuk bangkit dalam sebuah kumpulan perniagaan yang besar, kukuh dan bertahan lama.


3 Kategori Program Insentif Shaklee Malaysia


Kategori Yang Pertama

Pada cycle April 2022 hingga Mac 2023 anda masih bergelar pengedar iaitu belum mencapai pangkat Supervisor atau belum pernah mencapai bonus Shaklee 21%. Anda layak dapat reward dari program ni jika anda dapat naik rank Supervisor yang bermula April 2023 hingga Jun 2023 ini selama 3 bulan berturut-turut kekal efektif.

Boleh rujuk gambar di bawah untuk lebih jelas. 



Bagi kategori Yang Kedua Dan Ketiga

Terbuka kepada ahli yang dah naik pangkat Supervisor dan Senior Supervisor pada April 2022 hingga Mac 2023. Boleh rujuk pada gambar di bawah untuk lebih jelas. 





Kiraan Kategori Pertama Bagi Kenaikan Pangkat Baru Untuk Layak Bonus Tambahan Shaklee RM600.

Program ini khas untuk anda yang belum pernah naik pangkat dalam Shaklee sama ada ahli baru atau ahli lama. Peluang anda terbuka luas dengan kenaikan pangkat baru dan kekal efektif 2 bulan berturut-turut seterusnya selepas 1 bulan naik pangkat.


Syarat Yang Perlu Dipatuhi.

Bagi melayakan lagi anda dapat RM600, syarat ini perlu anda patuhi:
Setelah mencapai kelayakan disetiap kategori anda tidak boleh melanggar PNR yang telah pun Shaklee Malaysia tetapkan. Antaranya adalah seperti berikut:


✅Penyata hak-hak dan tanggungjawab Shaklee di bawah Seksyen 2 menjadi seorang para Pengedar tidak boleh menjual produk Shaklee secara langsung atau tidak langsung kepada atau daripada kedai atau premis runcit.


✅Tidak boleh menjual shaklee di laman e-dagang.


Jika anda melanggar mana-mana P&R Shaklee, penarikan balik kelayakan untuk bonus tambahan akan dibuat dari pihak Shaklee tanpa sebarang kompromi.


Ganjaran Bagi Yang Konsisten Dalam Pangkat shaklee.


1. Shaklee Regional Incentive Trip 2023 Seoul, Korea


2. Shaklee International Incentive Trip 2023 Global Conference, Los Angeles, USA

Bagaimana cara untuk dapatkan ganjaran?


✅Naik pangkat baru bermula April, Mei dan Jun/2023.


✅Kekal efektif pada pangkat baru 2 bulan berturut-turut.




Akan layak dapat tambahan 10 mata untuk setiap bulan berturut-turut. Maksimum 20 mata tambahan.
Seterusnya jika anda terus konsisten dan mencapai pangkat baru sehingga Master Coordinator, tak mustahil nama anda layak masuk ke Trip Percuma Shaklee.




Fuhh banyakkan yang shaklee tawarkan untuk cycle baru tahun 2023 ni. Semua orang akan dapat menfaat dengan program insentif shaklee ni. 


Selain dapat cash reward tambahan, setiap kumpulan juga boleh melebarkan lagi kumpulan masing-masing serta mengukuhkan lagi kumpulan perniagaan. 


Banyak sangat sebab yang membuatkan ramai mesti join shaklee ni.



Jom rebut peluang ni, jangan fikir lama-lama boleh terus click link 

https://wa.me/60148408193 , Syafa boleh guide. 


SyafaRahim

Trusted Shaklee Agent

Shaklee Kulim Kedah 



#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#BisnesOnlineTerbaikMalaysia









Ahad, 16 April 2023

Urat timbul ketika hamil

Mungkin pernah nampak kan urat kaki warna hijau timbul? Atau diri sendiri pernah mengalaminya, ada yang mengalaminya sewaktu mengandung sahaja dan ada yang kekal walaupun sudah lama bersalin . Masalah Vericose Veins didapati dalam 40% wanita yang hamil. 



Faktor-faktor yang menyebabkan Vericose Veins adalah


1. Hormon di dalam tubuh wanita hamil bertindak ke atas injap pembuluh darah di kaki dan menyebabkan injap itu kurang berfungsi/kurang efektif. Akibatnya darah sukar mengalir ke atas (dari kaki ke jantung) lalu menyebabkan pembuluh darah membengkak. Inilah yang dikenali sebagai Vericose Veins

2. Faktor genetik memainkan peranan di mana jika ahli keluarga seseorang wanita itu pernah diserang masalah Vericose Veins, kebarangkalian wanita tersebut mengalami masalah yang sama adalah tinggi

3. Rahim yang semakin besar akan menekan pembuluh darah dan menyukarkan pengaliran darah dan kaki ke jantung. Ini akan memburukkan keadaan Vericose Veins.

Vericose Veins akan menjadi semakin teruk diakhir usia kehamilan. Si ibu akan mengadu rasa sakit dikawasan Veriscose Veins, penat, rasa "berat" dibahagian kaki, malah kulit dikawasan itu mengalami kegatalan.

Kadangkala kulit itu semakin gelap warnanya. 3 komplikasi yang boleh menyerang wanita yang mempunyai Vericose Veins adalah pendarahan, phlebitis (jangkitan kuman) dan ulser (venous ulcers of the legs)


Di antara cara-cara untuk mengelakkan Vericose Veins atau mengurangkan komplikasinya adalah

1, Jangan berdiri terlalu lama. Sebaliknya berjalan perlahan-lahan sekerap mungkin.

2. Gunakan compression sock atau pressure graded sock ia boleh dibeli difarmasi.

3. Bila duduk jangan bersilang kaki.

4. Elak memakai pakaian atau seluar yang ketat.

5. Kurangkan berat badan.

6. Amalkan diet berserat tinggi.

7. Rendam kaki selama 15 minit sehari dengan air suam. Ini mampu membantu melancarkan peredaran Sarah.

8. Makan vitamin c kerana ia dapat membantu mengatasi masalah urat timbul- makan byk buah Oren citrus (Oren, kasturi , magga)

Jika masalah Vericose Veins terlalu serius , sila dapatkan rawatan daripada doktor SEBELUM hamil sekali lagi. 

Nak dapatkan set hamil shaklee boleh click 👇

SyafaRahim
Trusted shaklee Agent 

Cara collect duit kiriman dari luar negara

 



Belajar sesuatu yang baru, Syafa nak share bagaimana cara guna western union ni di pejabat pos

Cara nak collect duit kiriman dari luar negara. Sebelum ni memang tak pernah ambik tahu pun pasal ni, tapi sekali adik kirimkan duit dari luar negara gelabah sekejap nak pergi collect kat mana dan macam mana, puas juga la tanya dan godek mencarinya.

Sebenarnya tak la susah pun, mula-mula Syafa siap pergi bank lagi nak collect duit ni, pergi ke public bank, elok dah siap isi borang dan ambik no. sekali masa kat kaunter cek-cek nama syafa dalam sistem tu tak sama pulanya, tertinggal 1 huruf je pun nama Syafa, tapi staf bank tu cakap tak boleh kena mintak adik yang kirimkan duit tu tukar semula. 


Jadi penting ya bila orang yang kirimkan duit tu send slip tu double cek dulu  dan tengok semua maklumat di slip betul especially nama kita yang nak pergi collect duit. Nanti tak pasal-pasal kena buat kerja 2 kali.

Selepas adik Syafa dah tukar dan perbetul semula maklumat tu dan dia resend slip baru kat Syafa. Kemudian adik Syafa yang seorang lagi bagitahu rupanya boleh je ambik duit tu di pejabat pos, sebab dekat pejabat pos memang ada services kiriman wang dengan western union ni.

Apa lagi mudah la kan kerjanya, tapi make sure sebelum pergi ke pejabat pos bawa :

  1. Kad pengenalan 
  2. Salinan kad pengenalan
Kemudian sampai di pejabat pos pastikan ambik borang ini dan isikan detail yang di minta..




yang paling penting sekali NOMBOR KIRIMAN PINDAHAN WANG (ada 10 digit semuanya) tak isi yang tu tak dapat la nak prosesnya kan 

Tak sampai 10 minit pun kalau orang tak ramai dekat pejabat pos tu selesai urusan, dapatlah cashkan kiriman wang dari luar negara. Senang je kan rupanya. 

Moga perkongsian ni bermanfaat, boleh share supaya dapat membantu kawan-kawan yang masih tak tahu cara nak terima kiriman duit dari luar negara. 


Khamis, 13 April 2023

Betul ke boleh kurus TANPA ambik suplement?


Masih  tercari-cari cara nak kuruskan badan?


Kali ini, Syafa nak kongsikan cara nak kuruskan badan secara alami tanpa produk dan telah terbukti berkesan.


INGIN TAHU CARA NAK KURUSKAN BADAN?

Syafa selalu percaya untuk mencapai tahap kesihatan yang baik, dan boleh mengurus berat badan adalah dengan memilih cara pemakanan yang baik dan seimbang juga dengan melakukan senaman.


Makanan adalah ubat paling terbaik untuk badan. Jika salah membuat pilihan, kita akan mudah untuk mendapat penyakit, begitu juga sebaliknya.

Dengan mengubah cara hidup kepada memilih makan makanan yang sihat dan bergerak aktif, kita boleh menghindar daripada terkena penyakit seperti obesiti, diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, dan kanser.


ANTARA CARA NAK KURUSKAN BADAN

  • Amalkan pemakanan yang Sihat dan Seimbang
Dengan memilih untuk makan makanan yang baik dan seimbang sangat memberi manfaat kepada tubuh badan kita.

Ini kerana makanan boleh menjadi punca penyakit apabila kita tidak memilih yang terbaik untuk badan. Dan sebenarnya memilih makanan yang sihat selain memberi banyak kebaikan untuk tubuh badan, ia juga membantu untuk menguruskan badan.

cukup makronutrien, rendah kalori, mudah, dan sedap untuk anda yang tidak mempunyai idea nak diet makan apa.

Ratio makronutrien yang dicadangkan bagi memenuhi keperluan tubuh badan adalah 

Karbohidrat : 45-65% dari jumlah keperluan kalori harian
✅Protein : 10-35% dari jumlah keperluan kalori harian
✅Lemak baik : 20 -35% dari jumlah keperluan kalori harian



  • Minum Air Putih
Salah satu cara nak kuruskan badan adalah minum air putih. Air putih mempunyai banyak manfaat kepada badan kita, ia boleh membantu untuk menguruskan badan.

Tahukah anda bahawa kandungan air di dalam tubuh badan manusia adalah lebih kurang 70%?

Minum air sebanyak 500mls juga boleh membantu meningkatkan metabolisma badan sebanyak 24-30%. Malah minum air sebelum makan juga boleh membantu mengurangkan pengambilan kalori tambahan ketika makan.



  • Hindari Makan Makanan yang Diproses 
Makanan yang diproses atau siap saji selalunya mempunyai kandungan garam, gula tambahan dan kalori yang tinggi. Dan tahukah anda makanan yang diproses dan siap saji juga kebanyakan telah diproses sehingga boleh menyebabkan ketagihan.



  • Kurangkan Pengambilan Gula
Makan makanan yang banyak kandungan gula sudah terbukti secara sainstifik dan perubatan, boleh menyebabkan obesiti, penyakit kencing manis, penyakit jantung, dan kanser. 

Bagi Syafa, penyakit-penyakit ini adalah penyakit yang boleh dihindari dengan mengubah cara makan dan gaya hidup yang sihat.



  • Kurangkan Pengambilan Karbohidrat Ringkas
Contoh makanan karbohidrat ringkas adalah seperti roti putih, tepung putih, nasi putih, makanan manis yang menggunakan gula putih, pasta, dan cereal.

Kebanyakan karbohidrat ringkas ini telah diproses sehingga banyak kandungan nutrien dan serat (fiber) telah dibuang.

  • Melakukan Intermittent Fasting
Intermittent fasting adalah salah satu cara diet nak kurus di mana anda kena berpuasa selama beberapa jam dan boleh makan pada waktu yang ditetapkan.
Cara intermittent fasting yang popular adalah 5:2 , 16:8, dan cara makan-berhenti-makan.

Intermittent fasting boleh membantu menurunkan berat badan dan menghindar penyakit tiga serangkai kerana terjadinya kalori defisit. 



  • Makan Banyak Buah-Buahan dan Sayuran
Makan buah-buah dan sayur-sayuran sangat baik kepada kesihatan tubuh badan kita secara menyeluruh.

Selain mengandungi kandungan air, nutrien, dan serat yang tinggi, ia juga mempunyai kadar kalori yang rendah.



  • Menggunakan Saiz Pinggan yang Lebih Kecil
Mereka yang menggunakan saiz pinggan yang lebih kecil ketika makan, akan makan kurang daripada menggunakan saiz pinggan yang lebih besar. Ini kerana saiz pinggan boleh membantu mengubah persepsi otak kita terhadap saiz hidangan

  • Makan Perlahan-lahan
Makan dengan cara perlahan-lahan adalah salah satu cara nak kurus yang berkesan. Mereka yang makan secara cepat lebih cenderung untuk mendapat obesiti berbanding mereka yang makan secara perlahan. 


  • Tidur yang Mencukupi
Tidur yang mencukupi sangat penting untuk kesihatan secara menyeluruh. Tidur yang baik adalah sekitar 7 ke 9 jam. 

Jika mempunyai masalah sukar tidur, anda berisiko sebanyak 55% untuk mendapat lebihan berat badan. Tidur mencukupi juga boleh membantu mengawal rangsangan hormon lapar. 

  • Makan Makanan yang Mengandungi Fiber
Makan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi boleh membantu dalam menguruskan berat badan terutama makanan yang mengandungi fiber yang larut air.

Fiber (serat) boleh membantu memperlambatkan proses pengosongan perut, menyebabkan perut mengembang dan merangsang pengeluaran hormon kenyang. 



  • Senaman
Selain daripada menjaga diet makanan kita untuk kurus, apabila ditambahkan dengan rutin senaman, boleh membantu badan kita menjadi sihat dan cergas.


Boleh cuba tips-tips di atas ni, memang boleh sangat turunkan berat badan. Setakat nak turun 5-10 kilo tu boleh sangat, yang penting displin yang tinggi.

No supplements, No shake shake❌

Jadi buat apa kita nak buang duit pada supplements kan, betul tak? 


Hari tu ada sorang kawan ni tanya Syafa pasal role of supplements ni dalam journey to lose weight.
Yelah kan, based on fact, tak ambik apa-apa supplemen pun boleh kurus, jadi apa gunanya ambik suplement kan? 

Well ni antara jawapan Syafa boleh kongsikan, Apa fungsi supplemen untuk lose weight? 


1. SUPPORT ORGAN DETOX

Nak lose weight ni principle pertama kena #DETOX.

CDC (Centre of Disease Control and Prevention) detect purata 200 toksin dalam darah dan urine manusia yang SIHAT.

Certain supplements boleh sokong fungsi organ detox dengan lebih baik.

Bila kita kurangkan beban organ detox dan support dengan supplements, you'll achieve much better results.


2. TUTUP LOMPONG NUTRISI

Bila kita kurangkan kuantiti makanan untuk lose weight, ada risiko kurang vitamin minerals, especially real food sekarang banyak yang susut nilai nutrisi. 

Tambahan pulak 94% rakyat malaysia tak makan sajian sayur dan buah yang cukup everyday. 

Jadi supplements dan multivitamins bantu fill in jurang nutrisi supaya sel badan maintain well nourished.


3. METABOLISMA

Sesetengah supplemen juga membantu meningkatkan metabolism badan di samping exercise dan protein intake. 

Jadi proses penurunan berat badan jadi lebih cepat dan berkesan. 


4. PELIHARA SEL BADAN

Contoh, supplemen antioksidan tertentu boleh pelihara sel dan melambatkan pemendekan telomere DNA i.e. slow down proses penuaan sel badan.
Contoh, polifenol, vitamin C, etc.

Jadi bila kita top up dengan antioksidan ni, bukan saja nutrisi lebih complete untuk badan, sel pun lebih sihat dan awet muda.


Begitulah suplement membantu dalam proses kita untuk turunkan berat badan, setuju tak? Bayangkan kita buat tips-tips yang Syafa share tadi + ambik sekali suplement, result dia insyaAllah akan lagi wow kan dapat kurus dengan cepat dan lebih sihat plus awet muda! 

Kan dah setuju tu kan hehe, kalau macam tu boleh terus click link 

https://wa.me/60148408193

Dapatkan suplement shaklee, tambahan bulan ni ada promosi rahmah. 


                       SyafaRahim

             Trusted Shaklee Agent

               Shaklee kulim Kedah

         https://wa.me/60148408193


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#BisnesOnlineTerbaikMalaysia





Selasa, 11 April 2023

Penting ke ambik suplement?

Ramai sekarang makin sedar untuk ambil supplements dalam nak jaga kesihatan badan.


Supplement ni, kalau zaman sekarang ni dah dikira satu kemestian.


Tengok je lifestyle kita sekarang macam mana. Dari segi pemakanan, aktiviti harian dan persekitaran.


Jujur syafa sendiri rasa tak mampu nak eat healthy setiap masa. Even kita ambil yang paling berkhasiat pun, tengok lagi, organic ke tak organic. 


Beza tu kan, berapa ramai dari kita mampu nak pilih yang organic semua. Apa yang syafa buat ialah, syafa pilih supplement yang memang betul-betul organic.


In fact, supplement shaklee ni BEYOND ORGANIC. Memang diuji berkali-kali bersih daripada segala pesticides, racun serangga, pewarna ke, perasa tiruan, etc.


In fact, shaklee buat ujian ni 3x ganda lebih daripada yang diperlukan. Kualiti dia tu memang terjamin. Dan terbukti berkesan.


Korang kalau nak cari vitamin yang memang safe and proven, cari lah syafa ya.


Menurut kajian kesihatan, pengambilan makanan seimbang adalah sangat penting. Pemakanan yang mengandungi zat dan mineral yang mencukupi menjamin kualiti dan tahap kesihatan yang optimum. Persoalannya.. pemakanan harian kita macam mana agak-agaknya….



Sebenarnya, terdapat ribuan kajian yang telah dijalankan sebenarnya yang boleh kita baca dalam jurnal-jurnal perubatan. Satu kajian yang sangat popular yang dinamakan ‘Nurses Health Study’ yang dijalankan dari tahun 1976 hingga 1989 melibatkan 280,000 jururawat telah menunjukkan diantara kesimpulannya adalah pengambilan beberapa jenis suplemen seperti anti oksidan boleh mencegah kanser dan masalah buta mata akibat katarak.

Terdapat banyak lagi kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal perubatan yang menunjukkan pengambilan secara berterusan suplemen mampu mencegah penyakit kronik dan mengekalkan berat badan yang ideal. Kajian-kajian lain telah membuktikan kelebihan vitamin dalam pencegahan penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan pelbagai lagi.

 
Kajian-kajian lain juga menunjukkan anti oksidan, vitamin B6, B12, asid folik, vitamin C, vitamin D dan vitamin E mampu mencegah penyakit dengan melindungi membran sel dan DNA didalam sel dari kerosakan akibat radikal bebas dan pelbagai jenis toksin yang masuk kedalam tubuh manusia

Antara sebab-sebab kita perlu vitamin adalah :

 1.     Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2.     Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buahan dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga, dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut

3.     Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak. 

4.     Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula, dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh. 

5.     Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6.     Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7.     Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan. 

K  Kehidupan kita dizaman moden sekarang yang membeli semua makanan di pasar atau pasaraya besar jauh berbeza dengan kehidupan datuk nenek kita di zaman dahulu yang menghasilkan sendiri makanan mereka. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita makan ditanam secara komersil dengan penggunaan baja kimia, racun rumpai dan sebagainya. Makanan dari sumber daging ayam, kambing, lembu diternak secara komersil dengan penggunaan hormon and antibiotik yang berleluasa. Ikan dilaut juga tercemar dengan logam berat raksa yang menyebabkan keracunan kronik. Isu-isu pencemaran ini amat kompleks dan susah untuk dielakkan, natijahnya untuk menjaga kesihatan badan kita , kita perlukan suplemen setiap hari.




Disebabkan faktor-faktor diatas, amatlah penting kita mengambil supplement. Pilihlah yang selamat, berkesan dan semulajadi, Jenama Shaklee telah lebih 50 tahun berada dipasaran serta ianya natural dan safe kepada semua golongan. Diuji secara klinikal dan berkesan kepada majority yang sudah menggunakan.

Pilih yang terbaik, pilih shaklee 

Nak shaklee boleh terus click 

https://wa.me/60148408193


Syafa Rahim 

Ejen shaklee 

Shaklee kulim kedah 



Ahad, 9 April 2023

Ini la busines online yang terbaik

 

Dah masuk 20 Ramadan kita, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah tambahan lagi di bulan mulia ni.


Zikir Ramadhan
أشهد أن لا إله إلا الله أستغفر الله أسألك الجنة
وأعوذ بك من النّار. (x3)
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني. (x3)
يا كـريـم.
"Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, aku memohon
keampunan daripada Allah, aku memohon syurga dan
perlindungan daripada api neraka.
Ya Allah, Engkau adalah Zat yang menyukai kemaafan, oleh itu
maafkanlah kami, wahai Zat yang Maha Pemurah."


Kerap kali ramai kenalan-kenalan syafa bertanya, syafa dalam banyak bisnes kenapa syafa pilih bisnes shaklee ni. Syafa tak nak cuba bisnes lain ke?


Sebenarnya shaklee ni adalah bisnes yang paling lama syafa buat. Sejak tahun 2014 bermula dengan nak cuba-cuba akhirnya terus melekat ke hati. Apa yang mengikat syafa untuk terus buat shaklee ni yang pertama sekali adalah shaklee effect tu sendiri.


Banyak shaklee effect yang telah syafa dapat sejak terjerumus dalam shaklee, Tambah-tambah lagi bisnes shaklee ni memang berkonsepkan bisnes online


Dari register ahli, buat belian, coaching, sharing semuanya kebanyakkan online. Dan ni juga antara faktor-faktor syafa suka bisnes shaklee ni,


Kelebihan Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain


1. SHAKLEE YOUR TRUSTED BRAND 

Shaklee dapat award trusted brand for category vitamins & health supplements


Award ni bukan dibeli ya, tetapi diundi oleh consumer sendiri, banyak-banyak jenama vitamin di pasaran dan Shaklee jadi pilihan sebab.


  • SAFE – selamat digunakan. Tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Responden adalah dari pengguna produk shaklee.

  • NATURAL – menggunakan bahan semulajadi, tiada pengawet, tiada pewarna dan tiada perisa tambahan.

  • EFFECTIVE – terbukti berkesan. Pengamal produk shaklee ternyata lebih sihat.

  • BERDAFTAR - Produk shaklee adalah berdaftar dengan KKM.


Nak consume Vitamins Supplements make sure yang berkualiti dan selamat kan.




2. Sistem Shaklee Adalah Patuh Syariah


Selain daripada status kehalalan yang memang halal pun Shaklee ni kan, apa yang syafa dapat perhatikan selama berada dalam busines shaklee  ni adalah:

Mereka yang tak ada atau tak nak buat sales sendiri tak kan menikmati sebarang bonus daripada Shaklee.


Dan mereka yang ini juga, sekiranya downline membesarkan group sendiri juga tidak menikmati kenaikan pangkat sepertimana downline dapat. Contoh downline kita naik Master Coordinator, kalau kita sendiri gagal membina dan memenuhi kriteria, pangkat kita tak kan bergerak.


Senang cerita, sistem Shaklee sangat adil. Tiada penindasan untuk downline.

Malah dah banyak rekod downline mengatasi upline.


3. Shaklee Mempromosikan Hidup Sihat


Pengasas, Dr Shaklee sangat menekankan kehidupan yang sihat.

Dari penghasilan supplemen sehinggalah pembungkusan mesra alam, Shaklee sangat menitik beratkan kehidupan manusia dan juga alam sekitar.

Shaklee menggalakkan kehidupan yang sihat melalui;
✅jaga makan
✅aktif atau bersenam
✅amalkan suplemen


Susah sebenarnya nak buat ni, terutama bab tukar gaya hidup. Tapi alhamdulillah bila kita didalam kelompok yang ada support group ni sentiasa termotivasi dan slowly mampu juga bantu orang lain adapt kepada kehidupan lebih baik.


4. Shaklee bisnes yang flexible serta Beri Kebebasan Masa dan Kewangan


Pada tahun 1956, di mana bisnes shaklee dicipta secara sah. Iaitu bisnes secara home based dan boleh dilaksanakan dimana mana pun tak kira la waktu pergi bercuti, balik kampung, pergi jalan jalan, ke pasar, pergi program keramaian atau ke mana saja pun.

Dan uniknya pada tahun Tahun 1956 tu, belum wujud satu pun lagi online bisnes. Tapi shaklee dah meneraju membina bisnes home based yang cemerlang. Walau duduk di rumah, tapi bisnes boleh berkembang laju kerana ia berunsurkan “cawangan seperti kedai seven eleven dan kfc ” tapi UNIKNYA TANPA MODAL.


5. Peluang 3C Shaklee Yang Memang Best


Cara Shaklee beri insentif kereta berbeza daripada MLM lain.

Sudah tentu ada pangkat/point tertentu yang kita perlu capai, cuma Shaklee tak pernah tetapkan jenama kereta apa yang kita perlu beli.

Kalau kita dapat car bonus RM2000 sebulan dan memilih untuk beli Axia pun tak de masalah. Lebih bonus tu dah boleh buat saving atau bayar bulanan rumah. Best kan?

Cash bonus shaklee untuk leadership


Apa yang lebih best adalah Shaklee tak pernah limitkan berapa banyak bonus kita layak dapat setiap bulan. Nak sejuta? Pun Boleh, Unlimited.

Untuk conference trip, Shaklee benar-benar meraikan pengedarnya dengan menyediakan pelancongan bertaraf 5 bintang. Siap ada trip umrah yang vvip.


6. Bisnes Shaklee Sesuai Untuk Semua Golongan


Ya, pelajar pun boleh buat shaklee, Ada juga seorang leader yang masih undergrad tetapi telah menjana pendapatan sendiri melalui bisnes Shaklee.

Bayangkan, masih student lagi telah menikmati cash dan car bonus.

Dan the best part is dia dapat beri duit poket kepada mak di kampung setiap bulan.


Mungkin masih ramai yang skeptikal dengan bisnes Shaklee disebabkan ianya MLM. Ini kerana, masih ramai yang ada tanggapan begini:

👉MLM dikatakan menindas downline,

Upline goyang kaki bila group dah besar

👉MLM tidak patuh syariah,
sedangkan mereka tak tahu yang MLM adalah satu konsep perniagaan yang paling menguntungkan. Dalam masa yang sama pula, MLM dilindungi di bawah akta, jadi ia selamat untuk peniaga, penjual dan pembeli.

Tokoh Bisnes dan Politik Mencadangkan Bisnes MLM
Sebelum itu, untuk rekod, mari saya kongsikan beberapa tokoh bisnes dan politik bertaraf antarabangsa yang turut rekemen bisnes MLM sebagai bisnes yang menguntungkan dan patut anda pilih.

1. Robert Kiyosaki
Robert Kiyosaki, seorang jutawan dan pakar kewangan dan penulis buku Rich Dad Poor Dad, dalam bukunya turut mencadangkan MLM sebagai bisnes yang harus diceburi. Kenapa?

Robert Kiyosaki mencadangkan bisnes MLM kerana kelebihan pelaburan yang ditawarkan. Mereka yang berjaya dalam MLM mampu untuk melabur dalam perkara yang sama seperti yang kaya. Orang kaya boleh melabur dalam perkara-perkara yang kita tidak dapat.



2. Tun Mahathir Mohamad
Walaupun bukan seorang pakar ekonomi, semua daripada kita tahu Tun Mahathir Mohamad adalah seorang yang mempunyai minda kelas 1.

Menurut Tun, industri yang terbaik menjelang tahun 2020 nanti adalah multilevel marketing (MLM) dimana rakyat Malaysia akan menjana pendapatan daripadanya.


Ramai yang dah berjaya dengan bisnes shaklee ni. Dengan CASH bonus pun unlimited, siapa yang tak nak kan.


Dalam hidup ni kita ada banyak pilihan, begitu juga nak decide nak buat bisnes apa, tapi kalau tanya syafa pilih la busines yang kurang risiko.

Macam bisnes shaklee, keluar modal sekali tu pun hanya rm35. Dapat bonusnya berulang-ulang kali. 


Jom sertai saya & team 

SyafaRahim 
Trusted Shaklee Agent
Shaklee Kulim, Kedah

           https://wa.me/60148408193


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#BisnesOnlineTerbaikMalaysia

Vitamin untuk Wanita

Hidup dalam zaman yang serba menekan sekarang ni, wanita perlu sentiasa kekal kuat dan sihat tak kiralah samada dari segi dalaman, luaran da...