Powered By Blogger

Ahad, 16 April 2023

Cara collect duit kiriman dari luar negara

 



Belajar sesuatu yang baru, Syafa nak share bagaimana cara guna western union ni di pejabat pos

Cara nak collect duit kiriman dari luar negara. Sebelum ni memang tak pernah ambik tahu pun pasal ni, tapi sekali adik kirimkan duit dari luar negara gelabah sekejap nak pergi collect kat mana dan macam mana, puas juga la tanya dan godek mencarinya.

Sebenarnya tak la susah pun, mula-mula Syafa siap pergi bank lagi nak collect duit ni, pergi ke public bank, elok dah siap isi borang dan ambik no. sekali masa kat kaunter cek-cek nama syafa dalam sistem tu tak sama pulanya, tertinggal 1 huruf je pun nama Syafa, tapi staf bank tu cakap tak boleh kena mintak adik yang kirimkan duit tu tukar semula. 


Jadi penting ya bila orang yang kirimkan duit tu send slip tu double cek dulu  dan tengok semua maklumat di slip betul especially nama kita yang nak pergi collect duit. Nanti tak pasal-pasal kena buat kerja 2 kali.

Selepas adik Syafa dah tukar dan perbetul semula maklumat tu dan dia resend slip baru kat Syafa. Kemudian adik Syafa yang seorang lagi bagitahu rupanya boleh je ambik duit tu di pejabat pos, sebab dekat pejabat pos memang ada services kiriman wang dengan western union ni.

Apa lagi mudah la kan kerjanya, tapi make sure sebelum pergi ke pejabat pos bawa :

  1. Kad pengenalan 
  2. Salinan kad pengenalan
Kemudian sampai di pejabat pos pastikan ambik borang ini dan isikan detail yang di minta..




yang paling penting sekali NOMBOR KIRIMAN PINDAHAN WANG (ada 10 digit semuanya) tak isi yang tu tak dapat la nak prosesnya kan 

Tak sampai 10 minit pun kalau orang tak ramai dekat pejabat pos tu selesai urusan, dapatlah cashkan kiriman wang dari luar negara. Senang je kan rupanya. 

Moga perkongsian ni bermanfaat, boleh share supaya dapat membantu kawan-kawan yang masih tak tahu cara nak terima kiriman duit dari luar negara. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Vitamin untuk Wanita

Hidup dalam zaman yang serba menekan sekarang ni, wanita perlu sentiasa kekal kuat dan sihat tak kiralah samada dari segi dalaman, luaran da...