Powered By Blogger

Ahad, 16 April 2023

Urat timbul ketika hamil

Mungkin pernah nampak kan urat kaki warna hijau timbul? Atau diri sendiri pernah mengalaminya, ada yang mengalaminya sewaktu mengandung sahaja dan ada yang kekal walaupun sudah lama bersalin . Masalah Vericose Veins didapati dalam 40% wanita yang hamil. 



Faktor-faktor yang menyebabkan Vericose Veins adalah


1. Hormon di dalam tubuh wanita hamil bertindak ke atas injap pembuluh darah di kaki dan menyebabkan injap itu kurang berfungsi/kurang efektif. Akibatnya darah sukar mengalir ke atas (dari kaki ke jantung) lalu menyebabkan pembuluh darah membengkak. Inilah yang dikenali sebagai Vericose Veins

2. Faktor genetik memainkan peranan di mana jika ahli keluarga seseorang wanita itu pernah diserang masalah Vericose Veins, kebarangkalian wanita tersebut mengalami masalah yang sama adalah tinggi

3. Rahim yang semakin besar akan menekan pembuluh darah dan menyukarkan pengaliran darah dan kaki ke jantung. Ini akan memburukkan keadaan Vericose Veins.

Vericose Veins akan menjadi semakin teruk diakhir usia kehamilan. Si ibu akan mengadu rasa sakit dikawasan Veriscose Veins, penat, rasa "berat" dibahagian kaki, malah kulit dikawasan itu mengalami kegatalan.

Kadangkala kulit itu semakin gelap warnanya. 3 komplikasi yang boleh menyerang wanita yang mempunyai Vericose Veins adalah pendarahan, phlebitis (jangkitan kuman) dan ulser (venous ulcers of the legs)


Di antara cara-cara untuk mengelakkan Vericose Veins atau mengurangkan komplikasinya adalah

1, Jangan berdiri terlalu lama. Sebaliknya berjalan perlahan-lahan sekerap mungkin.

2. Gunakan compression sock atau pressure graded sock ia boleh dibeli difarmasi.

3. Bila duduk jangan bersilang kaki.

4. Elak memakai pakaian atau seluar yang ketat.

5. Kurangkan berat badan.

6. Amalkan diet berserat tinggi.

7. Rendam kaki selama 15 minit sehari dengan air suam. Ini mampu membantu melancarkan peredaran Sarah.

8. Makan vitamin c kerana ia dapat membantu mengatasi masalah urat timbul- makan byk buah Oren citrus (Oren, kasturi , magga)

Jika masalah Vericose Veins terlalu serius , sila dapatkan rawatan daripada doktor SEBELUM hamil sekali lagi. 

Nak dapatkan set hamil shaklee boleh click 👇

SyafaRahim
Trusted shaklee Agent 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Vitamin untuk Wanita

Hidup dalam zaman yang serba menekan sekarang ni, wanita perlu sentiasa kekal kuat dan sihat tak kiralah samada dari segi dalaman, luaran da...