Powered By Blogger

Sabtu, 29 April 2023

Seronoknya beraya, hari raya dengan shaklee


Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa, tiba syawal untuk diraikan. Belum terlambat Syafa & Family mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir & batin buat semua.




Pejam celik, hari ni dah 9 syawal, walaupun dah 9 Syawal masih meriah sambutan hari raya especially rumah terbuka.


Bila sebut syawal ni memang tak lari la dari menu-menu raya kan? Ketupat, lemang, lontong dan segala macam lagi menunya. Meriahkan dengan menu-menu. 




Bila dah kunjung mengunjung ni takkan la kita tak menjamah hidangan, tapi bila makan dan makan ni memang biasa ada yang jadi perut meragam, ada yang jadi masalah membuang semua.


Mula la badan bagi sign tak sihat, pening semua kan. Haaa raya, raya juga kesihatan jangan di abaikan ya kawan2. Sini Syafa nak sharekan tips-tips beraya dengan shaklee.  insyaAllah raya seronok, kesihatan pun akan maintain ok. 


Tips Makan Sihat di Hari Raya Dengan Shaklee


1. Elakkan minuman manis

Paling bagus cuba elakkan atau kurangkan minuman manis termasuk juga minuman yang bergas. Bila beraya memang akan dihidangkan air bergas, sirap atau kordial dan semuanya tinggi kandungan gula, perisa dan pewarna yang tidak berapa bagus untuk kesihatan badan. Ini membuatkan kita rasa cepat kenyang tapi akan cepat lapar juga. Agak susah nak berhenti tapi sekurangnya cuba untuk mengawal dari minum banyak. Amalkan minum air kosong atau air masak lebih. Syafa biasa bawa bekal air masak atau performance drink sekali biasanya kalau pergi beraya tambah-tambah pula sekarang musim panas. 


2. Kawal portion makan

Seeloknya cuba kawal jumlah hidangan. Boleh ambil atau cuba semua jenis makanan tapi amik dalam jumlah yang sedikit, yang ni boleh cuba gunakan pinggan yang bersaiz kecik. Kita pun tak boleh nak ambik makanan dalam kuantiti yang banyak.


3. Kerapkan pengambilan air kosong.

Salah satu tips mudah jaga makan terutama di hari raya dengan cara rajin minum air kosong. Air kosong tiada kalori dan bagus untuk sistem badan termasuk sistem penghadaman dan metabolisme badan. Bila dah terbiasa minum air kosong lama secara tak langsung dapat kurangkan air manis.


4. Ambik omegaguard & Phytocol-st. 

Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak omega 3 yang disarankan bagi membantu menyingkirkan kolestrol yang tidak diperlukan dalam darah, Omega 3 menurunkan paras trigliserida, LDL (kolestrol jahat) dan menaikkan paras HDL (kolestrol baik) terbukti secara klinikal membantu penyerapan kolestrol dan menurunkan kolestrol LDL, manakala

Phytocol-st juga bertindak mencegah kolestrol yang masuk ke dalam badan daripada melekat pada salur darah dalam badan


5 . Jangan abaikan pengambilan protien. 

Protein ini yang ramai terlupa. Bila badan kita cukup protein, ia dapat membantu mengurangkan selera makan, mengurangkan rasa lapar, dan mengurangkan paras hormon ghrelin dan meningkatkan hormon kenyang. Jika jenis kuat makan, cuba ambik protein waktu pagi sebelum makan pada hari raya. Kita akan rasa lebih kenyang lama dan kurang nak makan macam-macam. Atau jika ada pergi rumah terbuka raya, minum dulu protein shake sebelum beraya. Bila dah kenyang, automatik tak rasa nak makan banyak.


6. Amik set detox

Bila beraya memang akan makan banyak. Tapi proses detox tak berapa nak lancar. Jadi, boleh cuba ambil Herblax untuk fokus membantu mudah membuang dan mengeluarkan toksin bila dah berlebihan makan. Yang menarik herblax ini bila makan malam, waktu pagi esoknya kan terus membuang. Perut juga jadi lebih selesa.

Satu lagi agen detox yang bagus iaitu Alfalfa. Alfalfa boleh membantu membuang angin, menyingkirkan kolesterol, membersihkan hati, kolon, dan darah. 


Haa ingat ya raya, raya juga tapi kesihatan jangan di abaikan ya. Rugi la kan sebulan kita puasa dan amalkan permakanan yang sihat, tiba-tiba raya terus kelaut dalam semuanya hehe. Jangan kerana raya sekali setahun kita sanggup gadaikan kesihatan kita ya. 


Sihat ni tak dapat di beli, dan jauh lebih mahal dari suplement shaklee ni. Syawal masih panjang, boleh la sambung aktiviti ziarah kenalan dan saudara mara lagi. Moga terus sihat dan gembira beraya. Bestnya hari raya dengan shaklee. 


Nak dapatkan vitamin shaklee boleh terus click link 👇

https://wa.me/60148408193


SyafaRahim
Trusted shaklee Agent
Shaklee Kulim Kedah 
Postage Seluruh Malaysia
 


#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Vitamin untuk Wanita

Hidup dalam zaman yang serba menekan sekarang ni, wanita perlu sentiasa kekal kuat dan sihat tak kiralah samada dari segi dalaman, luaran da...