Powered By Blogger

Ahad, 7 Mei 2023

Pekara yang perlu dielakkan bila kaki terseliuh / tergeliat


Nikmat sihat 🌷kita ni bila dah sakit baru la kita akan menghargai nikmat sihat kan..




Rasulullah SAW bersabda; “Ada dua kenikmatan yang banyak dipersia-siakan oleh sebahagian besar manusia, iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang”. (HR. Bukhari)


Kejadian 11 Syawal 1444, pengalaman buat Syafa yang tak dapat dilupakan, hari tu 1st day anak-anak kesekolah setelah bercuti hari raya.


Hari tu Syafa terjatuh semasa nak ambik barang dekat atas kabinet dan masa nak turun dari kerusi tu terlepas barang dekat tangan dan terus tergelecoh ke bawah, masa tergelecoh tu syafa tahan badan dari jatuh dengan kaki. 




Masa tu kaki duk terasa sakit tapi tak hiraukan sangat terus sambung selesaikan kerja, naik atas kemas bilik anak sulung & terus settlekan mendobi baju-baju. 


Selesai semua kerja-kerja, waktu nak tidurkan anakanda Adib sambil-sambil tu tekan-tekan dan urut sikit-sikit dekat kaki yang sakit akibat jatuh tadi. Terasa sakit masa tekan kat bahagian urat kaki. 


Selesai tidurkan Adib elok nak bangun nak siapkan kakak Dina ke sekolah tiba2 kaki terasa sakit nak jalan pun dah tak boleh kuat dan laju seperti biasa. 


Tapi paksa juga jalan perlahan-lahan sebab nak hantar Dina ke sekolah. Masa drive tu kaki dah terasa makin sakit tapi teruskan juga hingga la waktu nak balik tu kaki dah macam lagi teruk, terpaksa angkat dengan tangan letak kaki nak tekan minyak. 


Alhamdulillah selamat sampai rumah masa tu terus jammed kaki nak turun dari kereta pun sangat la seksa waktu tu, mintak kakak Imani papah masuk ke rumah.


Elok je sampai dalam rumah terus duduk dekat sofa dan masa tu kaki sakit sangat berdenyut-denyut. Sampaikan nak bergerak dan tukar position kaki pun nak menagis sakitnya tu. 


Disebabkan dah masuk waktu zohor masa tu duk runsing dah macam mana nak ke bilik air ni nak ambik wuduk & solat. Nak bergerak pun sakit ni kan nak berjalan. Terus mintak kakak Imani ambikkan ais dan tuam dekat tempat sakit sekeliling kaki. 


Disebabkan tak boleh bergerak en. Suami ambikkan baldi dan air untuk ambik wuduk & solat duduk. Masa tu wuduk pun en. Suami yang tolong tuangkan air sikit-sikit. Ya Allah masa tu rasa betapa nikmatnya kesihatan yang Allah bagi selama ni.


Selesai solat terus rest & tinggikan kaki letak atas bantal sambil-sambil tuam dengan ais. Alhamdulillah petang tu kaki makin ok, cuma nak bergerak tu masih perlukan bantuan dan bergerak perlahan-lahan. 


Lepas berbuka puasa, kebetulan hari tu syafa puasa sunat syawal. Malam sebelum tidur syafa terus telan omegaguard shaklee, ostenutrix dan bcomplex. 


Alhamdulillah bangun pagi esoknya tu kaki semakin ok dan dah boleh berpijak. Cuma tak boleh terlalu lasak, masih rasa sakit jika berdiri lama dan berjalan pun masih tempang sikit hehe.


Apa itu terseliuh dan tergeliat:


Terseliuh dan tergeliat adalah kecederaan pada ligamen dan tendon sendi. Terseliuh melibatkan regangan atau koyakan pada ligamen manakala tergeliat melibatkan regangan atau koyakan pada otot atau tendon.

Bila terseliuh megehadkan kita untuk melakukan aktiviti seperti biasa. Jum kenalpasti simptom -simptom dia.


SIMPTOM


Terseliuh

  • Sakit
  • Bengkak
  • Lebam
  • Hilang kemampuan untuk menggerak dan menggunakan sendi
  • Kadangkala terdengar bunyi ‘pop’ dan rasa seperti terkoyak pada sendi apabila kecederaan berlaku


Tergeliat


  • Sakit
  • Kekejangan otot
  • Lemah otot
  • Bengkak, kejang, atau peradangan setempat. dan tergeliat yang lebih parah boleh menyebabkan kehilangan fungsi otot
  • Keadaan tergeliat yang parah selalunya menyebabkan rasa sakit dan menyukarkan pergerakan.


Apa yang Syafa belajar dari kejadian ini, jika kaki terseliuh elakkan:

1.  mengurut kaki dan tempat terseliuh, sebab ia akan memburukkan lagi keadaan n tisu darah kita akan lebih teruk tercedera. 

2. Menyapu minyak panas di kawasan sakit. 


Dan sebaiknya 


Guna kaedah R.I.C.E untuk rawat kaki terseliuh

Salah satu cara rawatan yang cepat dan mudah yang anda boleh lakukan adalah kaedah RICE.


Bahan yang diperlukan untuk merawat menggunakan kaedah RICE ini iaitu ais, ais ni senang kita nak dapatkan.


Apa itu RICE? 


R = rest. Rehatkan kaki anda dan hentikan pergerakan buat sementara waktu.


I = ice. Letakkan ais pada pergelangan kaki, atau kawasan yang tercedera untuk mengurangkan bengkak dan keradangan.


C = compression. Berikan sedikit tekanan seperti dengan membalut dengan pembalut bagi mengurangkan bengkak dan sakit.


E = elevation. Pastikan kaki anda berada pada aras yang lebih tinggi untuk mengurangkan aliran darah supaya bengkak akan surut dengan lebih cepat.


Selain itu pengambilan suplement juga membantu proces penyembuhan lebih cepat:


1. Omegaguard

-Kebaikan omega sebagai anti radang dan antioksida, membantu mengurangkan keradangan.

-Omega ni bantu kurangkan keradangan kecederaan yang berlaku.

-Melindungi dan mengurangkan kerosakan saraf.


2. Ostenutrix

Legakan otot dan saraf.


3. Bcomplex 

-membantu saraf dan sel darah sihat

- kandungan (Thiamin B) dalam bcomplex adalah fungsi penting untuk saraf dan otot.


Nak dapatkan vitamin shaklee boleh terus tekan link 👇

https://wa.me/60148408193



SyafaRahim

Trusted shaklee Agent

Shaklee Kulim Kedah

Postage Seluruh Malaysia 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Vitamin untuk Wanita

Hidup dalam zaman yang serba menekan sekarang ni, wanita perlu sentiasa kekal kuat dan sihat tak kiralah samada dari segi dalaman, luaran da...