Powered By Blogger

Jumaat, 12 Mei 2023

Pengalaman buat open house raya


Masih lagi dalam mood raya kan semua, sebab kita masih lagi di bulan syawal. Lama benor rayanya hehe.. 


Bila lagi menghampiri penghujung syawal ni lagi rancak open house dan jamuan-jamuan raya. Haa bagi yang belum habis puasa sunat 6 syawal lagi la mencabar kan nak habiskan puasa 😁 insyaAllah niat baik, pasti Allah permudahkan. 


Dah sinonim kan Hari raya Open house ni. Zaman sekarang buat sekali majlis open house terus boleh jemput semua kawan-kawan & saudara mara sekaligus. Sekali masak dan penat hehe.. 


Meriah bila sekali-sekali penuh tetamu bertandang ke rumah. Tuan rumah pun teruja sediakan hidangan buat para tetamu. 


Bagi yang masih belum pernah buat open house meh Syafa nak share  pengalaman Syafa buat Open House. Ye la mula-mula mesti blur kan, nak buat menu apa? Kuantiti banyak mana? Nak masak sendiri ke? 




Pengalaman Syafa buat open house yang pertama sekali kita decide menu apa yang kita nak sediakan, kebiasaanya mesti ada menu berat dan menu ringan. 




Kedua kita kena tahu berapa ramai tetamu yang kita jemput, supaya kita boleh budget makanan yang kita nak sediakan. Tak lah nanti terkurang atau terlebih makanan dah jadi membazirkan kan. 


Bab nak masak sendiri atau tempah tu tengok atas kemampuan kita. Mungkin kita tak mampu masak  & sediakan sendiri semua menu, tak pa mungkin 1,2 menu kita tempah dan yang lain kita tambah-tambah.


Selain bab menu kena sediakan juga 1 bilik khas incase la tetamu yang datang dari jauh kan nak tumpang solat sekejap. Jadi kita prepare awal-awal. Tak la kalut sangat tetiba tetamu nak tumpang solat. 


Dan jangan lupa juga persiapan tempat, nak letak juadah dekat mana settings semuanya awal insyaAllah majlis pun akan berjalan lebih lancar ..haa macam tu.


Sekadar berkongsi pengalaman, buat open house ni memang penat..tapi seronok sangat dan rasa puas dapat menjamu & berjumpa sanak saudara, kawan-kawan dan kenalan semua. 


Siang tu memang tak ingat dunia la cergasnya tuan rumah hehe ye la seronok melayan tetamu semua .. bila dah malam nak lena tu baru la terasa macam-macam kan..badan letih semua


Macam Syafa wajib la malam sebelum lena tu recharge ambik ostenutrix, omegaguard, bcomplex. insyaAllah tidur pun lebih lena, bangun pagi esoknya badan lebih bertenaga & segar. 


OsteNutrix ini bukan Kalsium saja tau, dia juga ada Magnesium yang sangat membantu melegakan kekejangan urat & otot dan menenangkan tekanan..bila otot badan relax dan otak tenang, maka kita mudah tidur dengan baik dan berkualiti. Esok pagi insyaAllah bangun dengan lebih segar & bertenaga 💪



#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Vitamin untuk Wanita

Hidup dalam zaman yang serba menekan sekarang ni, wanita perlu sentiasa kekal kuat dan sihat tak kiralah samada dari segi dalaman, luaran da...