Powered By Blogger

Khamis, 13 April 2023

Betul ke boleh kurus TANPA ambik suplement?


Masih  tercari-cari cara nak kuruskan badan?


Kali ini, Syafa nak kongsikan cara nak kuruskan badan secara alami tanpa produk dan telah terbukti berkesan.


INGIN TAHU CARA NAK KURUSKAN BADAN?

Syafa selalu percaya untuk mencapai tahap kesihatan yang baik, dan boleh mengurus berat badan adalah dengan memilih cara pemakanan yang baik dan seimbang juga dengan melakukan senaman.


Makanan adalah ubat paling terbaik untuk badan. Jika salah membuat pilihan, kita akan mudah untuk mendapat penyakit, begitu juga sebaliknya.

Dengan mengubah cara hidup kepada memilih makan makanan yang sihat dan bergerak aktif, kita boleh menghindar daripada terkena penyakit seperti obesiti, diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, dan kanser.


ANTARA CARA NAK KURUSKAN BADAN

  • Amalkan pemakanan yang Sihat dan Seimbang
Dengan memilih untuk makan makanan yang baik dan seimbang sangat memberi manfaat kepada tubuh badan kita.

Ini kerana makanan boleh menjadi punca penyakit apabila kita tidak memilih yang terbaik untuk badan. Dan sebenarnya memilih makanan yang sihat selain memberi banyak kebaikan untuk tubuh badan, ia juga membantu untuk menguruskan badan.

cukup makronutrien, rendah kalori, mudah, dan sedap untuk anda yang tidak mempunyai idea nak diet makan apa.

Ratio makronutrien yang dicadangkan bagi memenuhi keperluan tubuh badan adalah 

Karbohidrat : 45-65% dari jumlah keperluan kalori harian
✅Protein : 10-35% dari jumlah keperluan kalori harian
✅Lemak baik : 20 -35% dari jumlah keperluan kalori harian



  • Minum Air Putih
Salah satu cara nak kuruskan badan adalah minum air putih. Air putih mempunyai banyak manfaat kepada badan kita, ia boleh membantu untuk menguruskan badan.

Tahukah anda bahawa kandungan air di dalam tubuh badan manusia adalah lebih kurang 70%?

Minum air sebanyak 500mls juga boleh membantu meningkatkan metabolisma badan sebanyak 24-30%. Malah minum air sebelum makan juga boleh membantu mengurangkan pengambilan kalori tambahan ketika makan.



  • Hindari Makan Makanan yang Diproses 
Makanan yang diproses atau siap saji selalunya mempunyai kandungan garam, gula tambahan dan kalori yang tinggi. Dan tahukah anda makanan yang diproses dan siap saji juga kebanyakan telah diproses sehingga boleh menyebabkan ketagihan.



  • Kurangkan Pengambilan Gula
Makan makanan yang banyak kandungan gula sudah terbukti secara sainstifik dan perubatan, boleh menyebabkan obesiti, penyakit kencing manis, penyakit jantung, dan kanser. 

Bagi Syafa, penyakit-penyakit ini adalah penyakit yang boleh dihindari dengan mengubah cara makan dan gaya hidup yang sihat.



  • Kurangkan Pengambilan Karbohidrat Ringkas
Contoh makanan karbohidrat ringkas adalah seperti roti putih, tepung putih, nasi putih, makanan manis yang menggunakan gula putih, pasta, dan cereal.

Kebanyakan karbohidrat ringkas ini telah diproses sehingga banyak kandungan nutrien dan serat (fiber) telah dibuang.

  • Melakukan Intermittent Fasting
Intermittent fasting adalah salah satu cara diet nak kurus di mana anda kena berpuasa selama beberapa jam dan boleh makan pada waktu yang ditetapkan.
Cara intermittent fasting yang popular adalah 5:2 , 16:8, dan cara makan-berhenti-makan.

Intermittent fasting boleh membantu menurunkan berat badan dan menghindar penyakit tiga serangkai kerana terjadinya kalori defisit. 



  • Makan Banyak Buah-Buahan dan Sayuran
Makan buah-buah dan sayur-sayuran sangat baik kepada kesihatan tubuh badan kita secara menyeluruh.

Selain mengandungi kandungan air, nutrien, dan serat yang tinggi, ia juga mempunyai kadar kalori yang rendah.



  • Menggunakan Saiz Pinggan yang Lebih Kecil
Mereka yang menggunakan saiz pinggan yang lebih kecil ketika makan, akan makan kurang daripada menggunakan saiz pinggan yang lebih besar. Ini kerana saiz pinggan boleh membantu mengubah persepsi otak kita terhadap saiz hidangan

  • Makan Perlahan-lahan
Makan dengan cara perlahan-lahan adalah salah satu cara nak kurus yang berkesan. Mereka yang makan secara cepat lebih cenderung untuk mendapat obesiti berbanding mereka yang makan secara perlahan. 


  • Tidur yang Mencukupi
Tidur yang mencukupi sangat penting untuk kesihatan secara menyeluruh. Tidur yang baik adalah sekitar 7 ke 9 jam. 

Jika mempunyai masalah sukar tidur, anda berisiko sebanyak 55% untuk mendapat lebihan berat badan. Tidur mencukupi juga boleh membantu mengawal rangsangan hormon lapar. 

  • Makan Makanan yang Mengandungi Fiber
Makan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi boleh membantu dalam menguruskan berat badan terutama makanan yang mengandungi fiber yang larut air.

Fiber (serat) boleh membantu memperlambatkan proses pengosongan perut, menyebabkan perut mengembang dan merangsang pengeluaran hormon kenyang. 



  • Senaman
Selain daripada menjaga diet makanan kita untuk kurus, apabila ditambahkan dengan rutin senaman, boleh membantu badan kita menjadi sihat dan cergas.


Boleh cuba tips-tips di atas ni, memang boleh sangat turunkan berat badan. Setakat nak turun 5-10 kilo tu boleh sangat, yang penting displin yang tinggi.

No supplements, No shake shake❌

Jadi buat apa kita nak buang duit pada supplements kan, betul tak? 


Hari tu ada sorang kawan ni tanya Syafa pasal role of supplements ni dalam journey to lose weight.
Yelah kan, based on fact, tak ambik apa-apa supplemen pun boleh kurus, jadi apa gunanya ambik suplement kan? 

Well ni antara jawapan Syafa boleh kongsikan, Apa fungsi supplemen untuk lose weight? 


1. SUPPORT ORGAN DETOX

Nak lose weight ni principle pertama kena #DETOX.

CDC (Centre of Disease Control and Prevention) detect purata 200 toksin dalam darah dan urine manusia yang SIHAT.

Certain supplements boleh sokong fungsi organ detox dengan lebih baik.

Bila kita kurangkan beban organ detox dan support dengan supplements, you'll achieve much better results.


2. TUTUP LOMPONG NUTRISI

Bila kita kurangkan kuantiti makanan untuk lose weight, ada risiko kurang vitamin minerals, especially real food sekarang banyak yang susut nilai nutrisi. 

Tambahan pulak 94% rakyat malaysia tak makan sajian sayur dan buah yang cukup everyday. 

Jadi supplements dan multivitamins bantu fill in jurang nutrisi supaya sel badan maintain well nourished.


3. METABOLISMA

Sesetengah supplemen juga membantu meningkatkan metabolism badan di samping exercise dan protein intake. 

Jadi proses penurunan berat badan jadi lebih cepat dan berkesan. 


4. PELIHARA SEL BADAN

Contoh, supplemen antioksidan tertentu boleh pelihara sel dan melambatkan pemendekan telomere DNA i.e. slow down proses penuaan sel badan.
Contoh, polifenol, vitamin C, etc.

Jadi bila kita top up dengan antioksidan ni, bukan saja nutrisi lebih complete untuk badan, sel pun lebih sihat dan awet muda.


Begitulah suplement membantu dalam proses kita untuk turunkan berat badan, setuju tak? Bayangkan kita buat tips-tips yang Syafa share tadi + ambik sekali suplement, result dia insyaAllah akan lagi wow kan dapat kurus dengan cepat dan lebih sihat plus awet muda! 

Kan dah setuju tu kan hehe, kalau macam tu boleh terus click link 

https://wa.me/60148408193

Dapatkan suplement shaklee, tambahan bulan ni ada promosi rahmah. 


                       SyafaRahim

             Trusted Shaklee Agent

               Shaklee kulim Kedah

         https://wa.me/60148408193


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#BisnesOnlineTerbaikMalaysia





2 ulasan:

  1. MasyaAllah Syafa. Terbaiklah perkongsian Syafa. Best je baca. Tips2 pun menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah moga bermanfaat...tq juga kak atas tunjuk ajar 🌷

      Padam

Vitamin untuk Wanita

Hidup dalam zaman yang serba menekan sekarang ni, wanita perlu sentiasa kekal kuat dan sihat tak kiralah samada dari segi dalaman, luaran da...