Bismillah walhamdulillah.
Apabila kita diuji,
Hati berbisik,
Insan sekeliling menasihati,
"Allah uji sebab nak hapus dosa"
Ya betul.... tapi..
Rasa semakin sedih,
Semakin kecewa,
Semakin meratapi dosa.
Allah jua diajukan soalan,
Kenapa dan mengapa?
"Kenapa aku?"
"Mengapa tidak orang lain?"
Wahai insan yang indah 🌹
Berhenti sejenak,
Tukarkan fikiran kita yang negatif itu,
Allah dah janji,
Setiap kesusahan itu bersama kesenangan.
Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga diuji,
Bahkan lebih hebat daripada kita,
Adakah kerana dosa?
(Allahumma solli a'la saiyyidina Muhammad)
Nabi Zakaria a.s dipotong badannya,
Tubuhnya terputus dua,
Adakah kerana dosa?
Sumayyah dicampak ke dalam parit api,
Habis sekeluarga,
Adakah kerana dosa?
Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia, Dihenyakkan batu besar di atas dada,
Adakah kerana dosa?
Bukan.. bukan.. bukan..
Bukan kerana dosa semata-mata.
Duhai insan yang indah...
ALLAH UJI UNTUK MENAIKKAN DARJAT,
ALLAH UJI SEBAB DIA KASIHKAN KITA,
ALLAH RINDU AIRMATA KITA.
Bahagianya!!!
Manusia tak suka tengok orang menangis,
Tapi Allah suka !!!
AIRMATA KEINSAFAN KITA YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU MEMADAMKAN API NERAKA.
Jangan prejudis pada Allah apabila diuji,
Jangan menghukum diri apabila diuji.
Lebih baik ambil wudhu',
Solat dua rakaat,
Lepas salam.. istighfar dan selawat,
Senyum memandang ke langit,
Biarlah airmata berlinangan,
Bisik dalam hati sedalam-dalamnya,
"Ya Allah.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku. "
Allah itu adil,
Allah itu penuh kasih sayang,
Allah itu pencipta kita,
Siapa lagi nak uji kita kalau bukan Allah.
Siapa lagi nak sayang kita kalau bukan Allah.
Siapa lagi nak muliakan kita kalau bukan Allah.
Jangan berhenti menggali kasih sayang Allah.
ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..❤
Moga perkongsian kata-kata motivasi dapat memberi manfaat buat yang sedang diuji & semangat buat kita semua 🌷
SalamMahabbah
#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Tiada ulasan:
Catat Ulasan